Friday, June 17, 2011

Kisah AKU, Pemandu Teksi n Politik


Tadi aku pergi IJN (Institut Jantung Negara), nak amik ubat kakak aku. Tunggu la kat depan Hotel Maya tu see whether ada teksi ke tak, malas nak naik bas actually, walaupun murah tapi leceh laa..so, nama pun hotel, mesti lah bersepah pemandu teksi kan. Aku pun tanya la seorang pemandu teksi ini, korang nak tau dia balas apa - "saya bawak pelancong asing jerr".. akupun cakap "takde pun" - then dia kata - "nanti ada lah, saya tengah tunggu ni, karang terlepas pulak.."

damn, hampeh punya driver, memilih tu..so, aku pun pergilah kat driver lain. Aku tanya la.."Uncle, IJN.." Nasib baik dia kata "ON..jom naik.."

Sepanjang perjalanan, akupun sembang-sembang la dengan dia - tapi, uncle ni senyap jugak orangnya. Macam aku dulu, tanya sepatah, jawab sepatah - sampai-sampai aku pun dah tak tau nak tanya soalan apa lagi. Berapa minit lepas tu, sampai la kat IJN, 6 ringgit je..takpe la, at least, takde susah payah nak berdiri dalam bas.

Sampai kat IJN, aku berurusan dengan orang yang in-charge medicine kakak aku - berapa korang rasa nilai ubat kakak aku?? , tak tau - nilainya ialah RM1400..mahal kan.

Urusan pun dah selesai - nak balik ofis pulak ni. Sekali lagi la aku cari teksi, tapi kat area IJN memang banyak teksi. Then, aku pun tanya seorang driver berbangsa Cina "Hotel Maya..." Uncle tu mengangguk kan kepala. "erm..macam pendiam je uncle ni.." Huh..boring, tak boleh jadi ini -

Aku: "Uncle, banyak tak customer hari ini.?"
Uncle: "Haiiya, sekarang ni nak cari makan banyak susah wooo..dah banyak teksi kat KL ni..
Aku: "Berapa ye..memang banyak pun saya nampak, tapi semua tunggu pelancong je.."
Uncle: "30 000 teksi.."
Aku: "Banyak jugak ye..ditambahnya pulak dengan bas, LRT..ayah saya cakap KL waktu 80s dulu sikit je.."
Uncle: " Memang la..zaman dah berubah maa..semua orang nak cari duit..ini semua government punya pasal.."
Aku: "Uncle ni Chua Soi Lek or Lim Kit Siang??"
Uncle: "Anwar Ibrahim."

Aku terdiam sekejap - lepas tu, dia terus la cakap pasal politik, dia ni patut masuk penjara, itu kena masuk penjara - bukan Anwar Ibrahim dalam klip video tu, Chua Soi Lek ada skandal dapat jadi ketua MCA, Mahathir and Putrajaya, ada title Tun pun sepatutnya masuk penjara - makan rasuah - pilihanraya Hulu Selangor..tak sempat aku nak bagi buah fikiran pun - ada je arguments nya.

"Gila dashyat uncle ni" , ni kalau dia tau aku ni pro-kerajaan, maunya dia tinggalkan aku kat tepi jalan. Akupun dengar je la dia merapu sampai la kat Hotel Maya tu.

Akupun berfikir sejenak - pemandu teksi : duta malaysia - oh men, nampaknya kerajaan silap buat percaturan, tak semua driver taxi tu pro kerajaan, cuba korang bayangkan kalau uncle tadi ade tourist customer then dia cakap pasal politik negara ni..teeet, u screw Najib

kali ini, RM7.00 pulak, lepas bayar je.."Terima kasih ye uncle - Hidup Gagasan 1-Malaysia.."

2 comments:

  1. Sy suka statement kamu yg last sekali tu
    "Hidup Gagasan 1-Malaysia.." hehehe
    Mesti uncle tu termalu alah dok cite politik x tgk kiri kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. huu, tu la psal. tp dia sngih je ps dgr..:-)

      Delete