Tuesday, June 7, 2011
Kisah AKU n Accounting??
Susah nak dapat task kat office ni, kekadang ada jugak offer errand kat diorang - tapi pasal aku ni jenis yang suka cepat habiskan sesuatu kerja tu, ye la, kekadang waktu lunch pun terlepas pasal nak habiskan kerja -so, cepat lah kerja tu habis, nak buat lambat-lambat, nanti apa pulak staff lain kata ek?(jatuh la reputasi aku..), maka boring la duduk kat sini. tiba-tiba, tergerak hati aku nak bukak uitm student portal, saja nak tengok-tengok in case kalau ada notification baru ke..then, gatal pulak tangan ni nak visit borang uitm yang aku isi hari tu - program penerapan ijazah uitm.
nampak tak picture kat atas ni. walaupun hari itu punya result MUET dapat Band 3 je, tapi aku still letak juga Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kat atas...disusuli dengan 2 progam from Fakulti Sains Pentadiran dan Pengajian Polisi iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan juga Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat, yang last sekali tu ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.. apa yang uniknya pasal 3 program backup ni ialah silibus. Jika dalam law, tak banyak calculation theory diperlukan but mereka semua ni, ada subjek yang berteraskan pengiraan contohnya Accounting - ooops!! kalau tak dapat law, boleh mati kering aku nak catch up benda-benda pelik ni..dah la takde basic dalam accounting - mengira aku memang tak pernah suka pasal aku tak suka nombor.
tapi semuanya depends on my MUET result..bila-bila masa je result ni boleh dapat - takut. Tak lah, aku pun dah redha je sekarang. Kalau bukan rezeki aku dengan FUU, nak buat macam mana kan?? Yang penting aku dah buat yang terbaik waktu program asasi dulu, walaupun tak dapat Dean's List tapi at least ada improvement daripada sem 1..
okayh, berbalik kepada cerita sebenar hari ini - Accounting..pada mulanya berat juga nak study pasal tak suka kan, tapi - tiba-tiba terasa best pulak, diam tak diam aku dah cover 3 setengah chapter dah - Basic Concept, Basic Transaction, Double Entry Account and separuh chapter Accounting Cycle, sampai-sampai kalau ada kerja office nak buat pun aku mesti nak habiskan sub chapter dulu...dulu, waktu form 4 gatal sangat nak ikut kawan join science stream, actually dah dapat offer from cikgu akaun kat sekolah dulu- menyesal betul. tapi takpe, banyak lagi masa aku sebelum masuk ijazah ni - akanku habiskan masa ini menerokai keseronokan belajar accounting, keseronokan yang ditolak 3 tahun lepas.
Kenapa Accounting Farid?
Banyak reason kenapa aku memilih untuk menggunakan masa lapang ni dengan belajar akaun. First, aku menyesal pasal tolak subjek ni mentah-mentah waktu Form 4. Second, kalau aku tak dapat sambung Law, dan dapat course lain yang dah tentunya mempunyai subjek ni - at least aku ada basic, takde la ternganga je dengar lecturer mencarut nanti. Third, kalau aku dapat sambung Law, ianya seakan memberi bonus kat aku bila aku jadi lawyer, legar advisor, legal assistant or apa-apa yang legal. Kenapa??, pasal business dan juga law walaupun musuh ketat di beberapa institusi pengajian awam tapi ia sebenarnya perfect match, takkan law dengan physic kot.Finally, job market, menurut JobStreet, gaji seorang corporate lawyer lagi besar daripada lawyer biasa. kalau tak dapat sambung law pulak, boleh jadi HR Officers, Management Trainees or company secretaries, mana la tau boleh kerja kat KLCC, salah satu impian aku waktu kecil...
So, aku dah set hala tuju, korang bila lagi..do remember ye kawan-kawan, we must always have the backup plan - jangan konfiden sangat yang primary plan korang tu akan berjaya.
Labels:
Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment