Monday, June 20, 2011

Kisah AKU n Rintihan Seorang Abang

Abang bukan sengaja nak pukul kau semalam, kau pun tau abang bukannya jenis orang yang macam tu kan, kau pun tahu yang abang ni jenis yang bertolak ansur kan. Tapi, kau kena ingat - walaupun saiz kau lebih besar, itu tak bermakna kau boleh pijak kepala abang. Mungkin kau pun tak sangka yang tangan abang akan naik semalam - pada fikiran kau, mungkin itu satu gurauan - tapi, bagi abang itu dah melampau sangat.

Kau tak tahu yang abang banyak masalah yang dihadapi sepanjang dua bulan ni - akhir bulan Mei, cinta abang ditolak, kau mungkin tak rasa lagi - sakit. Yaa, abang tak macam kau, kau normal - macam yang mak cakap muka kau bercahaya, along pun cakap macam tu - saiz kau normal, bukan macam abang - lahir pra matang, badan kering, rabun.

Pertengahan bulan Jun, kali ini datang lagi dugaan yang sangat pahit untuk ditelan. Result MUET abang tak bagus - tak dapat Band 4 seperti yang diidamkan. Walaupun CGPA abang cukup bagi melayakkan diri tapi dengan tumbangnya keputusan MUET itu, manakan Fakulti Undang-Undang mahu menerima abang lagi. Sangat pedih.

Majlis Peperiksaan Malaysia - beberapa hari lepas, abang ada menghantar borang untuk rayuan semak semula keputusan MUET, saban hari menunggu, tidaklah pula terlihat nama abang didalam sistem itu - hati resah menunggu, asal nama abang ada dalam sistem MPM pun sudah berasa lega. Takut-takut rugi sahaja membayar dan selepas itu, hasilnya - kosong.

Semalam, ayahanda kita baru sahaja selamat tiba di ibu negara Sudan, Khartoum atas urusan kerja - bayangkanlah, dua bulan sepeninggalannya, abanglah yang akan menggalas tanggungjawabnya. Sedih - Jika dahulu, kami pergi kerja bersama-sama, ada ayah disebelah ketika abang memandu keretanya, ada ayah disebelah ketika menaiki bas bersama, masih ada juga ayah di sebelah abang ketika didalam train - pergi atau balik. Itulah rutin kami, namun sekarang - memandu kereta diawal pagi bersendirian, mengambil bas berseorangan dengan tidak tahu akan siapa disebelahku. Dulu, hati ini sangat marah jika ayah pulang lewat - penatnya menunggu tapi sekarang ini terasa rindu pula.

Banyak yang perlu difikirkan, jika dahulu abang tidak ambil kisah tentang hal keluarga tapi sekarang, pembayaran bil elektrik, air, telefon,internet, ubat along, dan macam-macam lagi. Semuanya menganggu fikiran, bagaimana mahu membahagikan masa membuat semua ini.

Tadi, abang menghantar e-mel kepada ayah, sekadar bertanya khabarnya disana, tidak pula abang bercerita tentang konflik kita semalam. Takut-takut dia jadi bimbang, dia sudahpun memberi abang tanggungjawab ini dan tidak sampai sehari abang memerintah, terjadi pula perang saudara semalam - menangislah air mata ibu kita - dek terkejut melihat keadaan kita sebegitu. Abang sudahpun meminta maaf kepadanya dan abang bertanya, kenapa ibu menangis - lantas ibu berkata - takut melihat akan sikap amarah abang semalam, ibu tidak sangka yang abang mempunyai sifat baran yang teruk, sehingga tergamak memukul adik sendiri. Maafkan ku adik. Mungkin ketika itu sudah maghrib dan iblis mula merasuk diriku.

Along - bukan sengaja diri ini menghalau dirimu keluar semalam cuma aku agak terkilan disebabkan kehadiran mu itu yang ku tahu untuk meleraikan tapi tidak kena pada tempatnya. Kau mahu menasihatiku tapi ia lebih kepada menyalah kan ku - kau pun sudah sedia maklum tentang keadaan aku yang agak pincang baru-baru ini. Maaf.

Akhir kata, abang mahu meminta maaf jika ada terkasar bahasa semalam, diharap, abang cuba memperbaiki sikap ini agar mampu menghadapi semua masalah dengan tenang.

Maaf
Muhammad Farid B. Abd Gani

2 comments:

  1. Farid sabar la ye.
    dah kita xde rezeki masuk fakulti law, tuhan tahu yg mana lebih baik utk kita.
    kita tu maksud aku dan kau :)

    ReplyDelete
  2. aku faham iki..btw, tengs 4 your advise.

    ReplyDelete