Thursday, June 23, 2011
Kisah AKU n Fever
Semalam aku bangun je pukul 6, tetiba rasa panas je badan ni - alamak tak baik lagi demam aku ni. Takkan tak nak datang kerja kot - rasa tak best la pulak. No choice, lantas akupun mengambil telefon disisiku
"Salam bos, saya rasa tak boleh datang hari ini, badan tak sihat - nak kena pergi klinik ni."
"Ok..kau rindu ayah ke??"
"Ada la sikit, demam terkejut kot..btw, thanks yea.."
"Jangan lupa mintak mc, nak masuk record ni.."
"Ok.."
So, semalam officially aku tak datang kerja sebab sakit - pukul 8 tu aku pergi klinik kat Bukit Sentosa. Datang awal pagi sebelum doktor masuk, ingatkan nanti dapat la buat consultation awal, hampeh betul - sekali doktor tu sampai pukul 8.30.
En.Farid..
Ahakz!!, nama aku tu. Aku masuk la dengan muka sayu dan kepenatan - sepatutnya boleh tidur lama sikit semalam..Aku kenal doktor ni, kenal sangat,aku rasa sejak aku duduk Sg.Buaya 10 tahun lepas aku consult dengan dia..
"So, encik apa problem.."
"Er..saya rasa demam la.."
Lalu, dia keluarkan thermometer, ditelitinya menatang tu..aku pun tak tahu berapa suhu badan aku semalam
"Buka mulut..waa, sangat merah you punya lidah, ada sakit tekak tak, kahak.."
"Ada doktor, kahak warna kuning.."
"Baring kat atas katil tu..kita buat ujian pernafasan sikit.."
Lepas habis je, dia tanya..
"Kamu student yea.."
"saya dah tamat pengajian, sekarang ni tengah kerja ni...nak mintak.."
"Banyak muda ye muka kamu..saya kasi mc untuk kamu ye.."
Then, aku berfikir sejenak - hari tu ayah aku demam teruk, ada jumpa dengan doktor ni, tapi tak dapat mc..aku pulak dapat - why aaa?? (madam bhajan)
Balik rumah, baca newspaper sekejap - breakfast, makan ubat then terus berselubung dalam selimut sampai lah waktu zuhur..Bangun-bangun je, habis basah cadar plus selimut aku..alamak-habis aku, nak kena tukar lagi ni tapi dalam hati - ni sudah bagus, peluh dah keluar, maksudnya haba pun secara langsung terbebas juga.
Petang tu tak banyak aku buat, dapat chance call my dad - nak skype, dia takde account pulak, suruh buat facebook - dia kata malas, nak e-mel, jarang la pulak dia balas -call la senang, dapat dengar suara. Lepas call ayah, main game la seround - bukan apa, kalau kita layan je demam kita dengan tak buat apa-apa, berbaring tengok ceiling, maka, demam itu lagi la suka duduk dalam badan kita, that's why, aku meluangkan masa buat aktiviti sikit - main game, online, exercise..walaupun tak seaktif waktu sihat, at least kita kena tunjuk kat demam itu, yang diorang tak bagi effect pun kat kita.
Alhamdulillah malam itu aku hampir beransur pulih. Tapi, ubat mesti kena makan, especially, antibiotik.
Pagi ini, aku pergi kerja macam biasa - walaupun still rasa demam lagi. Kalau ayah aku pergi Sudan dengan keadaan yang masih tak sihat, kenapa aku yang masih muda ni tak boleh pergi kerja kat KL..betul tak.???
p/s: i'm wondering, muka aku muda sangat ke..??
Labels:
Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment