Hantu, mahupun entiti halus memang suka menyakat manusia - even yang takde kaitan dengan diorang pun, alhamdulillah, mata aku still tidak berpeluang terlihat benda-benda halus ini lagi, dan akupun berharap tak nak nampak pun benda-benda ni. Aku tak percaya tau pada mulanya akan kewujudan makhluk-makhluk ni, tapi, pengalaman gila ini membuatkan aku sedar akan adanya mereka ni didalam kehidupan normal kita. walaupun aku tak nampak, tapi aku seakan dapat rasakan kewujudannya..
Sebenarnya, kisah ini bermula dalam bulan lepas waktu aku belum start kerja lagi. Aku ni memang macam burung hantu sikit, tidur pagi, malam berjaga. Nak dijadikan cerita malam tu aku berjaga la sampai pukul 0230 pagi, main game, online facebook. then, tetiba ngantuk la pulak. Seerti biasa, sebelum tidur aku gosok gigi plus cuci muka sikit and officially aku merebahkan diri diatas katil pukul 0300 pagi. Suddenly, game on. Tersentap jantung aku tetiba terdengar bunyi seakan-akan orang menghantukkan kepalanya kat dinding sebelah- rumah teres kan bersambung, betul-betul sebelah aku..terkejut gila - lepas tu- senyap. fuhhh, nasib baik. then, aku dengar bunyi perempuan nangis - emmm, laki bini gaduh la ni..biar la - sayup-sayup salakan anjing kedengaran. akupun tidur.
Esok, aku cerita la kat family aku. Diorang kata ada jugak terdengar - kami pun berdebat aku dan ayah aku bersetuju mengatakan jiran sebelah berhentam, while ibu and kakak aku yang mempunyai mysterious sense menafikannya - diorang cakap ada benda yang kacau..aku pun just - lame.
Malam tu, insiden itu berlaku lagi. Kali ini lagi dasyat, akupun dah takut gila nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Bayangkan, tengah sedap-sedap main game tetiba dinding betul-betul sebelah aku berbunyi-bunyi dengan kuat.
Hari ketiga pun sama - dan aku ketika itu berpendapat bahawa telahan ibu dan kakak aku tu betul. DAMN!!, kalau nak kacau orang tu, kacau je la dia - yang nak sibuk kacau tidur aku pehal. Rupa-rupanya setelah diselidik - jiran sebelah aku histeria - dia kata dia nampak benda belakang rumah - aku tertelan air liur mendengarnya - ye la, bilik aku kan kat belakang rumah.
Sejak hari tu, aku dah tak tidur lewat. maksimum pukul 1100. sampailah sekarang - actually, pagi kan nak bangun awal pergi kerja - ditambah pulak dengan hilangnya habit lama online facebook sampai subuh..
Dan semalam - tidakku sangka, tidur yang lena selama ini tiba-tiba diragut sekali lagi, tapi lain sikit scary nya - lagi power(bagi aku laa....). Jarum jam menunjukkan pukul 1000 dan aku still asyik menembak zombie lagi (left 4 dead 2), tiba-tiba mengantuk, dah biasa tidur awal la katakan. Locked laptop dan berjaya tidur.Tiba-tiba, tepat 12.00, aku terdengar bunyi perempuan menjerit-jerit seperti ternampak entiti halus- kuat, pasal sebelah bilik aku kot - akupun tutup la telinga dengan bantal..kemudiannya, disusuli dengan salakan anjing yang kuat. Habis je bunyi tu - akupun terus bergegas ke bilik parents aku dan mengejutkan diorang (anak lelaki apa la ni)..anehnya diorang tak dengar pulak..adik-beradik aku pun kata tak dengar apa-apa. SUMPAH, aku still ingat lagi jeritan itu - masih terdengar lagi bunyi itu.
Pagi ni, waktu nak pergi kerja..ayah aku cakap, rumah sebelah mana ada orang - diorang takde kat rumah. Betul, tiada kereta, motor mahupun basikal dirumah jiran aku itu. Aku pelik - siapa pulak yang menjerit malam semalam - terfikir-fikir sampai tak boleh nak concentrate waktu drive - takut-takut dia lintasnya depan aku kat bukit benggali tu.
begitulah kisahnya.
No comments:
Post a Comment