Miracle please come to me..I badly need you.
Seperti yang korang tahu, aku dah check result MUET semalam,guna smartphone je, pasal MPM nye website slow macam kura-kura pakai tongkat..so, tak berapa clear sangat berapa actual mark - jauh lagi ke? nak dekat Band 2 ke? ade improvement tak?. Semua ni memang ternyata menganggu fikiran aku.
Malam tu aku try la check MUET kat lappy, then, baru aku tau yang sebenarnya markah yang menentukan hala tuju hidup aku - sikit bezanya. jarum menunjukkan pukul 12 tapi aku still rasa tak nak tidur, maybe sebab terlampau excited - exageratted. Tak tau kenapa, tiba-tiba je, pintu yang aku sangka sudah tertutup rapat - terkunci , terkuak sedikit. Tika itu, perasaan berbaur - sebak plus happy ; bukan apa, sebak disebabkan - margin itu yang membuatkan aku menderita semalam - kat office macam tak bermaya nak kerja, tertinggal bas 2 kali, salah naik lif.. happy kerana aku merasakan masih ada peluang - walaupun aku tau, bukan semua rayuan dapat menerima perubahan - tapi, aku berharap kali ini Allah menerima doaku.
Selepas itu, aku pun menganalisis keputusan itu, lihat statistik dibawah.
Sebenarnya, tika kaki melangkah ke dewan peperiksaan - aku merasa amat yakin untuk mengambil apa yang sepatutnya jadi hak aku - yakin sangat. If korang dah kenal aku, korang mesti tau yang aku ni orang yang selalu mempunyai backup plan. So, before aku buat test itu aku dah target markah minimum yang aku bakal dapat. Ini dia :
a) Speaking:27
b) Listening:28
c) Reading:80
d) Writing:45
TOTAL : 180
Cuba korang compare dengan gambar kat atas :
Speaking berjaya merempuh dengan jayanya (tak expect pun), same thing goes to Listening. Reading pula tidak mengecewakan walaupun tak mencapai target (yang buat sakai first attempt paper ni la, dapat 56 je..) - tapi, aku paling kecewa Writing. Aku tak tahu mana silapnya, waktu first attempt, aku berjaya mendapat 47 dalam Writing ( that's why aku target 45 for this paper), tapi untuk second attempt, jumlah tu turun mendadak : 31. Pada hemat aku, aku rasakan ada technical problem ni, tak mungkin lah sebab aku rasa aku dah bagi essay yang terbaik - malah, i regard it as my second best selepas my SPM essay, jauh tu margin nya.
Pagi tadi, aku pergi laman web MPM, bukan untuk take revenge, tapi untuk berdiplomasi - ayahku berkata - jangan menyerah dulu, at least, put some effort towards it. Akupun, dengan semangat berkobar-kobar pergilah download PDF form untuk Rayuan Semak Keputusan MUET, print, isi borang, print result MUET mid year 2011..masukkan dalam sampul, akanku hantar borang ini diiringi doa dan harapan. This is my last resort, last ditch and last effort mounted in order to recapture FUU.
Oh Allah, help me..
p/s: rupa-rupanya Band 4 tu 180, ingatkan 179..so, aku 6 la lagi - macam susah je nak appeal..
InsyaAllah boleh..belum cuba belum tahu :)
ReplyDeletefight farid! for the best.. :)
ReplyDeletedoakan aku semua..harap, MPM berhati mulia kat aku..
ReplyDeleteNak tanya, lepas buat rayuan semakan keputusan muet awk tu keputusan awk makin meningkat atau menurun?
ReplyDelete