Wednesday, June 1, 2011
Kisah AKU n Derita Dalam Kebahagiaan
Gaji yang baru dapat cukup menyenangkan hati aku, tapi kegembiraan itu tidak
bertahan lama...mahu buat apa duit banyak-banyak ni - masihku ingat tika dahulu, pernah juga mulut ini bermadah, simpan duit banyak-banyak, nanti sampai tiba program
ijazah maka, dapatlah jumpa dengan orang tersayang. tetapi, apa la yang aku
ada sekarang ni, kosong-habis-punah semuanya. mahu belanja kawan, tidak rasa
, tapi jika bertemu gadis idaman, lain rasanya. sudah hampir dua minggu aku
tidak bermain facebook itu- online sekadar untuk approve taulan, periksa
akan notification dan selepas itu, offline pula.
Ego - tidak aku nafikan kedua-duanya ego, aku lagilah, jangan harap nak
minta maaf tapi sakit - sakit juga rasanya dihati. Apa nak buat, sudah
dilatih mempunyai ego yang tinggi sejak kecil - mungkin mewarisinya daripada
ayahku. Walau perlu bantuan sekalipun, tidak mahu akan hati ini
meminta. dicarinya juga jalan untuk melawan derita itu - sampai diri ini
menyerah, barulah diterimanya akan bantuan itu - tinggi sangat egomu itu
Farid. mungkin itu ialah sifat buruk yang kalian perlu tahu tentang diriku,
banyak. banyak lagi - aku tak pernah percayakan orang - walaupun keluarga -
darah daging sendiri. apatah lagi, orang lain yang baru ku kenal tidak
sampai setahun pun- yaa, mungkin itu sebabnya aku tidak punya ramai kawan.
apa khabarnya orang disana sekarang - sudah siapkah akan blog nya, maaf
kerana tidak dapat membantu sepenuhnya - dengar khabarnya telahpun
siap dilancarkan - sangat senang hati ini mendengarnya, pasti si dia yang
menolong untuk melengkapkannya.
p/s : takde mood..
picture's source : encik google
Labels:
Personal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment