Monday, June 13, 2011

Kisah AKU n End Game

aku bukan law student lagi..officially, this is the end of my precious journey as a law student. tadi, result muet for 2011 dah keluar, walaupun aku tak kisah pun berape yang aku dapat for this time, tapi aku still lagi berharap agar dapat score lagi baik daripada yang lepas. and the result..still the same, tiada perubahan, aku still tak tau jumlah sebenarnya tapi itulah dia : Band 3

aku check waktu office time tau, lepas check je, aku terdiam sekejap - termenung - lama sangat. lepas tu, aku terus pergi tandas, nak call kakak yang jadi "consieglere" aku, err, apa tu, dalam mafia, consieglere maksudnya penasihat. aku pun cerita lah tentang fresh news tu, then kakak aku takde pulak ejek,maki and gelakkan aku tapi dia bagi satu nasihat yang buat aku lega - dia kata, Allah telah sediakan benda yang lebih baik untuk kita, malah, takdir dan jalan hidup kita telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Along yakin yang abang akan dapat kerjaya yang lebih baik nanti.

Ada betulnya along, pasangan hidup kita, nama kita, bila kita mati, takdir kita : semuanya telah ditetapkan - tapi, siapalah kita untuk mengetahuinya. So, korang jangan percaya tukang tilik nasib ye - khurafat semua tu..

Semalam pulak, "underboss" aku , my adik cakap sebelum dia balik SBPI, "abang, ko dapat berapa pun, uitm hantar ko course apa pun, ko rempuh jugak semua tu". aku tak faham apa yang dia cakap tu - tapi, tadi baru aku tau. betul cakap adik, waktu form 4 and 5, aku dah rempuh science stream, masuk UiTM rempuh law program pulak, sekarang ni kerja - benda ni aku tak tau pun - aku rempuh jugak..takde masalah pun setakat ni.

lepas ni, kalau diorang hantar aku business, polisi ke - aku belajar jugak, bukannya main-main. alhamdulillah, result sains stream aku tak la teruk sangat, result law aku pun membanggakan. korang hantar la aku kat mana pun, insyallah aku akan buat yang terbaik.itu janji aku.

aku tak pernah salahkan diri aku sendiri jika aku gagal mencapai sesuatu - mungkin itu sebabnya aku gelak tengok orang yang bunuh diri sebab kecewa..

apa respons parents aku pulak??, ayah aku tak marah pun - pasal dia pun sebenarnya tak kisah aku nak amik bidang apa - katanya, yang penting dapatkan segulung ijazah. Mak aku, lagi menghela nafas lega - actually, dia tak berapa suka sangat aku ambik law haritu, dia kata, jadi lawyer susah; sebelah kaki ke neraka, ancaman bunuh, family tak selamat, kalau defend orang yang guilty macam mana.???, semua tu aku tak kisah dulu - pasal aku sekular dan positivist - aku tak kisahpun siapa yang aku akan defend - janji duit masyuk - tu dulu la. arwah atuk aku nak aku jadi alwyer, tapi, sory ye atuk, saya tak mampu..

response "caporegime" pulak, he3x, adik angkat - "Abang jangan la sedih sangat - nanti dapat masuk U jugak, adik PMR pun tak amik lagi..lol"
Ye la tu, dibuatnya ada sistem error, nama takde dalam list, tumpor aku. tapi, diorang kata kami pelajar asasi undang-undang uitm PI006 akan dijamin tempat kat UiTM ni, bezanya course je..betul ke???

Kat siapa aku perlu mintak maaf ni??..ramai, sangat ramai.

First, keluarga. Sori sangat-sangat sebab tak dapat sambung especially kat ayah, yang dah habis banyak waktu masuk UiTM dulu, beli no pin BSN yang mahal tu. Abang tak kan salahkan mak ayah pun sebab tak encourage abang cakap English waktu kecik-kecik dulu.

Second, untuk kawan-kawan di sekolah. Sori Azran and Afiq, because tak mampu nak bukak law firm and tolong korang kalau ada legal problem. Tapi, insyallah aku akan cuba bantu dengan ilmu yang aku ada. Besides, akupun dah tau macam mana nak prepare untuk hearing..ngeex

Third, untuk kawan-kawan UiTM, especially Mujahid, LWPO2J and my beloved Abang Nezam Crew..sory sangat-sangat sebab tak dapat bersama korang untuk semester depan, belajar elok-elok, nanti tolong-tolong la aku if my company kena saman..

Fourth, untuk senior-senior FUU especially senior SCLC (Student Community Law Club), maaf ye, tapi terima kasih kerana akak dan abang dah bagi saya peluang untuk aktif dalam SCLC dan menjayakan karnival SCLC haritu.

Fifth, of course untuk lecturer-lecturer yang dah habis air liur mengajar aku waktu program asasi and for Sir Haris(degree lecturer and SCLC advisor), maaf sangat-sangat sebab tak dapat belajar Law of Contract dengan sir for the next semester.

Sixth, untuk buku-buku, statutes, nota yang dah banyak tolong aku - kat mana aku nak simpan korang ni??...jangan risau la, korang tetap dihatiku.

Seventh, untuk seseorang - lepas ni, kau dah takde la nampak aku bersiar-siar kat FUU lagi, selamat kan??

Apa nak buat sekarang ni??

Okay dalam battleplan, ada satu plan dinamakan pre-emptive strike..Apakah itu??, pre emptive strike ialah serangan awal. Apa kaitan dengan aku??, result muet dah tau, so, inilah masa yang sesuai untuk study accounting, economy, ICT, history dan sebagainya, walaupun susah bagi aku, tapi,

"we have no choice Farid..push towards that line, move forward - there is no way to turn back now"

yaa..takde pilihan, aku kena teruskan juga. Diharap selepas ini aku boleh menguasai lebih banyak bidang lagi - macam Leonardo Da Vinci. Dulu, tumpuan aku hanya sejarah,sejarah dan sejarah. Tapi sekarang, macam-macam benda aku belajar - sudah tiba masanya untuk aku balance kan otak kiri dan kanan aku..

in conclusion - study law memang best, tapi, yang menghancurkan harapan ialah MUET..no problem, if korang rajin baca buku, buat tutorial question, have a strong background in English. so, for junior-junior - jangan pandang rendah MUET ni, as they will become your greatest enemy, study BEL elok2.

p/s: some suggest - repeat lagi Farid - tak nak!!. Rilek MPM, aku tak dendam dengan korang punya, chill okayh..

4 comments:

  1. takpe farid, friend forever...kita boleh berjaya kat mane2 sahaja...:)

    ReplyDelete
  2. thanks aslah..sori pasal tak balas message kau, aku perlukan masa untuk bersendirian for entire one month..macam-macam dugaan aku terima sekarang ni..tak henti-henti..harap kau faham la ek..

    ReplyDelete
  3. erm, aku pon pernah mengalami perkara yg sama dgn awak, spm sy dapat 7A 2B- and 1C, sy science stream, pastu sy masuk ke matrikulasi, sy nak ambil medic di UM tapi sy x berjaya sbb pointer sy cuma 3.35, matrik susah sbb hanya 3.90/4.00 je dpt ambik medic so terpaksa ambil bachelor of computer science di UITM. kalo diikutkan hati, sy mungkin after matriks nak ambil A-level tapi masalah kewangan, so terpaksa ambil kos tu. sedih hati semasa impian x dpt dicapai, tapi sy percaya Allah dah berikan yg terbaik buat sy. x semua org dpt mencapai cita2nya, walaupun pedih hati, tapi kita harus menempuh juga.. kehidupan nie kdg2 susah juga, tapi kita kena fikir positif, kerana semua tu pasti ada hikmahnya. sy juga kdg2 jealous ga lihat teman2 sy mencapai cita2 mereka, ada yg jadi doctor, lawyer, tapi sy percaya sekurang2nya sy masih menuntut ilmu. sy berharap, semoga adik berjaya dlm hidup, jangan biarkan kesedihan tu menghalang adik dari berjaya. adik kena ingat, ramai lagi yg x dpt mencapai impian, apa yg membezakan kita dgn yg lain adalah usaha, so adik berusaha lah dgn apa yg adik lakukan walaupun bukan apa yg adik harapkan... salam dari akak ke adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas nasihat yg diberi. sekarang ni sy dh pn masuk semester yang kedua utk kursus baru ni. mula-mula mmg pahit tapi bila dah berada kat sini, rasa hikmah tu dah nampak. Allah maha berkuasa dengan melencongkan saya ke fakulti baru ni, saya berasa sgt selesa. Apa-apapun kita mestilah sentiasa berusaha menuntut ilmu walau dimana kita berada..

      Delete