Tuesday, February 4, 2014

Kisah AKU n Top 5 Resume Mistakes

Assalamualaikum, well hello there world!! Bertemu lagi di segmen "Office Talk", sebuah segmen baru dalam blog ni yang menceritakan ragam dan juga isu berkaitan kerja, terutamanya kepada fresh graduates. So far, entri dalam segmen ni memang setiap malam ada kan? Haha, bukan apa, kadang-kadang time praktikal ni pagi je kerja, lepas lunch hour dah takde benda sangat.Tu la yang terkeluar idea nak wujudkan segmen "Office Talk" ni, sebab banyak spend time dengan baca artikel pasal business. Ok lah, tak nak membuang masa lagi, seperti yang dijanjikan - kesalahan common dalam resume writing.

Spelling
Masalah ejaan, or grammatical error memang kerap dilakukan oleh orang-orang macam kita ni, yang excited sangat nak masuk ke alam pekerjaan sampai terlupa yang bachelor degree dengan Bachelor Degree tu benda yang berlainan. Guys, yang mana patut letak capital, letaklah capital - aku banyak perhati kawan-kawan aku yang tak peka dalam benda ni. Tak tau lah sebab typo, or memang pemalas nak tekan "Caps Lock tu"

No Objectives
Pernah baca tak resume yang terus ke academic background, dan juga teknikal part. Yes, aku pernah tengok dan orang tu tak pernah kena panggil pun. Kenapa? sebab, it's better to put our career objective. Apa yang kita cuba dapat dan capai jika diterima berkerja. Yang paling penting sekali, dengan objektif ringkas memenuhi ruangan atas, majikan akan lagi senang tau position apa yang kita cuba apply. Tengok sample resume aku kat atas tu.

No Focus
Orang cakap, resume tu kalau boleh bagi 2 page je. So, try to jangan letak apa informasi yang tak berkaitan dengan job yang kita mintak. For example, kalau apply for Lead Chef, letak info yang berkaitan contohnya Juara Masterchef ke, pernah jadi Sous Chef kat Hilton ke.

Same Resume
Seperti yang kita tahu, kadang-kadang tak semestinya degree yang kita ada tu konsentrasinya cuma satu. Sebagai contoh, graduaan BAS boleh cari kerja dalam banyak bidang yang luas baik kat civil service or private service. Dan, nature kedua-duanya ternyata berbeza. Jadi, adalah lebih baik untuk kita follow general rule kat atas tu "Focus" iaitu, menggunakan set resume yang berlainan untuk apply kerja yang berlainan. Contohnya, applying for Quality Assurance Executive memerlukan resume yang lagi menampilkan banyak elemen Quality berbanding untuk apply job sebagai Contract Executive. "One shoe fits all" nampaknya tak bagi kesan yang baik dalam job hunting

Not In Order
Orait, yang terakhir sekali resume mestilah disusun mengikut relevant information bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Contohnya, student baru lepas grad - cuba letakkan academic qualification diatas experience section sebab dah tentu-tentu yang kita ni belum cukup pengalaman lagi. The most relevant information should be on top

Ok lah semua, itulah lima common mistake yang kita selalu buat or tersalah pandang. Ingat, time nak interview atau submit resume, check dulu takut nanti, belum apa-apa dah kena reject.

P/S: All picture courtesy from Google

No comments:

Post a Comment