Wednesday, February 19, 2014

Kisah AKU, Personaliti n Meja?

Assalamualaikum. Hello semua, letih jugak hari ni. Customer Satisfaction Survey yang aku conduct sekarang ni dah masuk nak buat report - 2 hari ni menganalisis je. Tapi, balik still on time..haha, malas lah nak OT, bukan dapat elaun tambahan pun..lol

Ok lah, untuk menutup segmen "Office Talk" pada minggu ni. Suka aku nak share pasal personaliti dan meja. Hah! Meja? Nak buat apa compare personaliti dengan meja?. Time lunch tadi aku ada terbaca satu artikel from HuffingtonPost yang ditulis oleh Kate Ward. Katanya personaliti seseorang ni dapat kita lihat pada meja mereka. Aku pun berminat and langsung lah tergerak untuk share benda ni..:-)

Direct
Biasanya orang yang direct ni mejanya covered dengan paperwork or proposal, tapi bukanlah berterabur, sebaliknya bersusun secara bertingkat. Personaliti direct ni biasanya suka belajar bersendirian dan cepat bosan bila berkerja dalam kumpulan. Bila kita berhadapan dengan orang yang macam ni, it's better untuk kita straightforward dan direct jugak, sebab this type of people have a poor listening skills.

Spirited
Meja orang yang spirited ni biasanya bersepah, messy gitu. Dokumen, resit, buku, bisnes kad, semuanya ada kat atas meja diorang ni. Orang jenis ni suka belajar dalam kumpulan dan suka akan perhatian, probably from superior. Kalau korang perasan ada chatter kat ofis, probably they belong to this group.

Considerate
Meja diorang ni agak bersepah tapi diorang tau kat mana nak cari barang-barang kat atas meja tu. Perhatikan cubicle colleague korang, kalau nampak ada frame gambar, ataupun personal item yang sengaja dipamerkan, mereka mungkin termasuk dalam kategori personaliti ni. Satu lagi cara ialah memerhatikan cara mereka bercakap, sangat berhati-hati dan lembut tuturnya dan berlawanan dengan direct, mereka ni ada good listening skills.

Systematic
Meja yang kemas, tersusun dan cuma ada dokumen yang penting (in progress) je atas meja. Nak tau lagi? diorang ni selalu make sure sebelum balik yang meja akan kemas dan bersih. Orang yang sistematik menggunakan fakta ketika bercakap, laras bahasa yang precise dan jarang bersembang bila tak perlu. Why? Sebab mereka ni tersangatlah fokus.

So, korang punya meja yang macam mana?

p/s: All picture courtesy from Google Inc.

3 comments:

  1. Wah....meja nini agak bersepah...gahaha

    ReplyDelete
  2. artikel bagus
    menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih mas kabul atas visitnya..:-)

      Delete