Thursday, February 13, 2014

Kisah AKU Intern VS Trainee

Assalamualaikum semua, malam ni dalam segmen "Office Talk" ialah perbandingan diantara Intern dan juga Trainee. Kekadang kita selalu salah faham yang trainee dan intern tu ialah benda yang sama. Aku pun dulu fikir macam tu jugak, tapi tadi ada terbaca satu artikel yang menarik dari LinkedIn. So, aku ingat nak share jugaklah ilmu baru ni kat korang. Jom selak sikit entri hari ni.
Trainee pada asasnya merupakan jawatan yang official dalam sesebuah company tu, dimana seorang trainee akan dilatih mengikut position yang dia request. Kebanyakan company ada open trainee program, even company besar seperti PETRONAS, CIMB Group, DRB HICOM etc. ada menawarkan program yang ada period range selama 2 ke 3 bulan. Bila dah habis tempoh tu, trainee akan diserap kedalam company tu, basisnya ialah "hiring is an end-goal".
Berlainan dengan internship, ianya bersifat temporary, selalunya tak dibayar melainkan elaun untuk pengangkutan atau makan. Biasanya Intern ni boleh dikategorikan kat student-student praktikal, ataupun fresh graduates yang tengah cari pengalaman kerja. Apa pulak dengan nasib Intern bila dah expired? Erm, since it's temporary in nature - majikan boleh buat decision samada accept ataupun reject seseorang Intern itu. Internship boleh jugak disamakan dengan Industrial Attachment.
Pengalaman aku? Erm, so far aku dah pernah sekali jadi Trainee, and nak masuk dua kali jadi Intern@Student Attachment. Ketiga-tiga pengalaman yang menyeronokkan, banyak belajar skills baru, but rasanya yang paling best yang position tengah-tengah tu..:-). Payment macam mana? Hehe, kedua-dua company paid me very well.
p/s: gambar kat atas ni snapshot from profile LinkedIn aku..

Haha, simple kan segmen "Office Talk" malam ni, bukan apa - aku takde idea sangat sebenarnya..lol.

No comments:

Post a Comment