Assalamualaikum, malam ni aku nak buat review sikit minggu ketiga aku berpraktikal kat Orogenic ni, bila kira-kira balik, ada tinggal lagi 3 minggu, 15 hari to be exact untuk aku completekan praktikal ni. Sekejap sangat rasanya. Dulu waktu mula-mula part 1 kat FSPPP ni, selalu tertanya-tanya satu isu yang selalu senior bawak time perjumpaan dengan dekan - isu praktikal. Rupa-rupanya, memang isu. Beb, 5 minggu je praktikal, fakulti lain semua praktikal 3-4 bulan. Semua orang kat office ni tanya aku benda yang sama, awat sekejap sangat? haha. Aku pun tak cakaplah dah sistem macam tu. Apa boleh buat.
Minggu ni aku test gerak lambat sikit dari rumah, pukul 8.10 baru keluar - sebab nak try puasa kat office. Sempat jugaklah sampai sebelum 8.30 pagi. :-)
Macam biasalah, since assign pun bawah Contract Department, memang setiap minggu jugaklah menghadap dokumen kontrak Tapi seronok, sekarang ni aku dah tau buat kontrak tau. Tak payah tengok format pun dah tau..hee
Ni lah partition aku. Simple je. Nampak tak benda bulat tu - tu button badge aku waktu jadi Project Manager time FSPPP Project Bidding Competition. Proposal aku highest dalam kelas beb..hii. Tapi tak menang apa-apa award pun. :-(, takpe lah, dah takde rezeki kan.
Ni la lunch aku everyday. Kraker and sky juice. Pagi dah makan nasi lemak dengan teh tarik. So, untuk maintain healthy lifestyle, takkan lah nak minum air manis lagi kan?
Minggu ni jugak aku diberi tugas untuk conduct Customer Satisfaction Survey, ni pun best jugak. Ada up to 35 client aku kena berhubung untuk dapatkan result survey.
So far, progress report pun berjalan lancar. Madam Ezrine kata just prepare draft je untuk report, but untuk jadi lebih produktif and to utilize an effective time management, aku pun berharap untuk completekan full report. Sekarang ni aku dah berjaya completekan Chapter 1, Chapter 2 aku kosongkan untuk minggu last, Chapter 3 pulak minggu depan. Sebagai tambahan, aku masukkan an additional Chapter 4 iaitu Management Studies which is currently on-going.
Hari Jumaat aku pakai baju company..hii, best-best. Rasa bangga dapat menyarung baju ni, dengan logo OROGENIC didada aku..sobs2x
Selfie jap, ingat Hafiz Hamidun sorang je yang suka selfie..hii
Itu je lah, review minggu ketiga aku kat OROGENIC ni, so far so good dan berharap dapat completekan praktikal training ini dengan jayanya. Amin
No comments:
Post a Comment