Assalamualaikum semua, malam ni takde segmen "Office Talk" okay, sebab macam biasa, aku nak review perjalanan praktikal minggu keempat aku kat ORSB ni.
Hari Isnin, macam biasa lah. Prepare tender dokumen untuk Provision X for PCSB. Ada lah dalam 3 dokumen kena siapkan. Tiba-tiba received call from mak, kena balik kampung. So, aku pun berjumpa dengan En Ku Izhar for half day permission, sekali dengan compassionate leave untuk hari esoknya.
Tanggal 10 Februari 2014, ibu kepada ayah aku telah menghembuskan nafas yang terakhir. Sebagai cucu, adalah menjadi tanggunjawab aku untuk memberi penghormatan terakhir. Keesokan harinya, arwah nenek selamat dikebumikan. Semoga roh nenek tenang di alam sana. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek aku.
Hari Rabu aku kembali bekerja, ngantuk gila sebenarnya sebab sampai Shah Alam dalam pukul 2 pagi. Then, pukul 7 bangun untuk ke pejabat. Buat kerja pun tak berapa fokus sebab terkenangkan arwah dan juga kesedihan yang ditanggung ayah. First time nampak ayah menangis, walaupun ayah tak nak tunjuk sebenarnya.
Follow up and compiling CS Survey. Kerja ni paling santai sebenarnya..hii. For documentation, aku buat progress report every week.
Hari Khamis hari paling menggembirakan. Nanti aku buat separate entry. Tak sia-sia usaha aku selama 3 minggu ni.
Aku sembahyang Jumaat kat Masjid Al Itisam, TTDI Jaya. Pergi sorang-sorang je, sebab yang lain tu pergi ke Masjid TUDM.
Tadi pulak lecturer datang untuk practical visit. Dapat Timbalan Dekan terus, haha. nama dia Dr. Hafizah Harith, Deputy Dean Academic, seronok bersembang dengan beliau. Good student katanya, bangga sekejap..lol . Tapi, tak taulah apa evaluation SV aku kat Dr Hafizah tadi..harap-harap okay lah..:-)
So, itu lah review minggu keempat aku berpraktikal kat sini, ada lagi 2 minggu iaitu dalam kira-kira 10 hari bekerja. Tak sabar nak habis praktikal, nak jumpa kawan-kawan balik..if you know what I mean lah..
Memang lecturer akan dtg ke buat prcticl visit? Wajib ke mcm mane?
ReplyDeleteyup. it's compulsory. at least sekali visit.
Delete