Assalamualaikum dan selamat malam semua, hari ni aku nak share minggu kelima aku berpraktikal kat ORSB ni. Satu minggu je lagi tinggal, berat pulak hati nak tinggalkan dunia korporat ni..huu, tapi lagi tak sabar nak jumpa kawan-kawan kat UiTM tu.
Macam biasalah, gerak dari rumah pukul 7.50 pagi, sampai kat area office pergi minum kat Teratai dulu. Pastu 8.20 check in. Rutin yang biasa.
Hehe, aku gunting rambut kat saloon amoi minggu lepas. Ada lah ringan sikit kepala aku ni.
Minggu ni banyak dihabiskan dengan Customer Satisfaction Survey yang aku conduct hari tu. Macam tak caya pulak aku diberi tugas untuk buat proses ni dari awal sampai habis
Tutup survey, collect raw data, buat pre-test analysis, full-scale analysis and finally report. Full report tak sempat siapkan lagi sebab hari tu laptop aku buat hal. Nasib baik ada backup semua dokumen time praktikal ni, kalau tak menangis tak berlagu la aku..huu
Kadang-kadang bila boring main game..huu, tapi time lunch hour la. Gila nak main time office hour..:-)
Kat ORSB ni kebanyakan kerja aku "go slow". Bila bos cakap due date 3 hari, hari ketiga tu jugaklah aku hantar. Takde maknanya nak impress kan supervisor tu dengan siapkan cepat. Sebab payah sikit nak dapat job kat office ni.
Bukak-bukak pintu je muncul si Royal ni..haha, nama sepupu aku ni Rayyan, tapi opah aku sebut Royal..kii. Pastu dukung dia kat depan rumah, bajet macam bapa penyayang pulak..lol
Hari Jumaat takde job, so banyak habiskan masa untuk buat report. So far, progress untuk report memang meyakinkan..:-)
Oleh sebab report untuk "Management Studies" dah fully complete, so aku pun packing lah buku-buku ni. Senang sikit, nanti terus bawak sekali je ke rumah sewa aku kat Shah Alam tu.
So guys, itu je lah perjalanan praktikal aku pada minggu kelima. Sekejap rasanya masa berlalu, just one more week to go. Wish me luck semua!
No comments:
Post a Comment