Assalamualaikum dan good night semua. Tak tidur lagi ke? Awal lagi ni, tak cool la tidur awal kan..huu, sekali bangun lambat macam pagi tadi baru tau, menggelabah sikit..:-) Ok lah, jom bukak malam Isnin ni dengan segmen "Office Talk", segmen yang ke udara selama 2 malam seminggu ni khusus ditujukan kepada kawan-kawan yang tengah berpraktikal dan juga fresh graduates kat luar sana. Topik kita malam ni ialah "Etika Kerja" atau dalam bahasa orang putih "Work Etiquette".
Basically, apa yang kita cuba kupas malam ni ialah apakah do's and dont's ketika bekerja. Simple kan?
No Loudspeaker Please
It's better untuk kita kalau bercakap didalam volume yang sederhana bagi menghormati rakan sekerja. Ianya bukan sahaja terhad kat private conversation, but termasuklah panggilan yang berkaitan dengan kerja. In addition, meletakkan cellphone dalam keadaan silent juga membantu mengurangkan distraction.
Formal Office Correspondence
Rasanya benda ni dah berkali aku mention kat dalam segmen "Office Talk", bila kat office lagi sesuai untuk kita menggunakan laras bahasa yang sesuai. Elakkan slang atau jargon. Mind our language, check any error dalam grammar. It does help us to keep our professionalism.
Dress To Success
Sometimes, ada pekerja yang ingat office ni fashion expo sampai lupa etika berpakaian. Pakai lah baju yang melambangkan kerjaya korang. Benda ni tak jadi masalah kalau company tu tak menetapkan dress code ataupun own by korang sendiri.
On Time
Kita semua tak nak jadi pekerja yang datang pukul 10 pagi, then keluar pukul 5 petang. Betul tak? Being punctual says a lot about our personal value.
Mr/Miss Always Clean
Pastikan before balik ke rumah, meja or cubicle korang berada dalam keadaan yang bersih. Susun fail-fail ditempat yang sepatutnya, shred kan mana dokumen yang patut dibuang. Cuci cawan, or termos. Siapa tak suka orang yang pembersih?
What's That Smell?
"Err, siapa pulak makan kari ayam ni?, "Perghh, kuatnya perfume Ferrari mamat ni..aku dah la alergic wangi-wangi ni.." Haa, benda ni pun isu jugak bila bekerja. Kita kena ingat, bau-bauan main peranan tau sebenarnya. Mungkin ada kawan-kawan sekerja kita yang alergik pada sesuatu bau. So, jangan bawak makanan kat cubicle, pantri kan ada? Perfume pun sama, kalau korang kerja kat Bodyshop, mungkin lah kena pakai banyak-banyak..huu
So kawan-kawan, kalau ada benda-benda kat atas ni yang korang sedang praktik kat office tu, henti-henti kan lah okay. Sebab, seperti yang Dr. Hafizah ingatkan, kita semua ni still bawa imej UiTM, jangan rasa bila tengah berpraktikal tu dah tak ingat yang status kita ni semuanya still student lagi. Tunjukkan yang student UiTM semuanya mengangkat professionalism sebagai satu persediaan ke alam kerjaya yang sebenar.
p/s: All picture credit to Google
No comments:
Post a Comment