Wednesday, February 26, 2014

Kisah AKU n Handling Our Last Day?

Assalamualaikum semua, ni merupakan entri terakhir didalam segmen "Office Talk", mulai minggu depan dah takde lagi segmen ni since aku pun akan jadi student balik..sobs. Ok takpelah, entri hari ni amat bersesuaian dengan student-student yang tengah berpraktikum sekarang. Kenapa? This is our last week!! Ada yang habis esok, ada yang habis hari Jumaat ni. Apa-apa pun kepada kawan-kawan, jom selak entri ni - handling our last day dengan profesionalisme.

Goodbye E-mail
Goodbye emel ni sepatutnya dah boleh hantar 1 or 2 hari before kita nak berhenti. Kalau ada banyak office contact kat pejabat tu, shoot je kat semua, mungkin menggunakan "Bcc". Bukan apa, mungkin ada diantara mereka yang tak tau kita dah nak habis praktikal.

Clean and Clear
Hari last tu spend masa untuk kemaskan meja, Mana-mana barang personal, pack up dan jangan tinggalkan meja dalam keadaan bersepah. Same thing goes to office computer, clearkan file-file personal, remove password yang berkenaan. Selipar tu aku ingat nak wakaf je..huu

Be Responsible
Siapkan kerja yang tinggal, kalau boleh before lunch semua benda dah settle. Make sure kalau ada on-going kerja yang memang tak sempat nak siap, identify colleagues yang bertanggungjawab, untuk student praktikal ni biasanya supervisor lah. Make sure SV tu dapat apa-apa relevant information, contact number etc. tentang kerja yang on-going tu.

Company Property is Not Yours
Haa ni lagi satu, make sure yang ID, kad akses, laptop company, kunci meja dan sebagainya dipulangkan at the end of our last day. Ingat, barang office tu bukan barang kita. Kalau diorang baik hati nak bagi untuk penghargaan, amik je la..haha

Keep In Touch
Mesti time korang praktikal ada buat kawan rapat. Macam aku, yang betul-betul aku rapat pun ada lah tiga-empat orang je -Ammar, Irwan and Khalid, yang lain semua tu ada lah kenal jugak..huu. Ada contact dalam mungkin memudahkan kita nak apply kerja kat company yang sama lepas grad nanti..Betul tak?

So guys, maka berakhirlah segmen "Office Talk". Since korang pun dah ada experience berpraktikal, apa kata join LinkedIn ni, percayalah, korang tak kan menyesal. In my opinion, it's the best job hunting website yang aku pernah jumpa.Kalau dah join, connect la dengan akaun aku kat bawah ni. Okay!

Mungkin ada diantara entri-entri lain dalam segmen "Office Talk" yang korang terlepas. Boleh lah visit link-link kat bawah ni:
  1. Killer Adjectives!
  2. Personaliti & Meja
  3. Jenis-Jenis Pekerja
  4. Etika Kerja
  5. Intern VS Trainee
  6. No Work, No Problem
  7. A Suggestion To Fresh Grad
  8. Top 5 Resumes Mistakes
  9. Job Interview Mistakes
  10. Professionalisme Dalam Komunikasi
  11. Mitos Gaji
  12. 5 Tabiat Buruk Ketika Bekerja

Happy Reading!

No comments:

Post a Comment