Assalamualaikum, hari ni aku nak review perjalanan praktikal untuk minggu terakhir aku kat ORSB. Sedih beb walaupun ada satu part dalam jiwa tu meronta-ronta nak tamatkan praktikal ni. Tapi tu la, rasa macam down jugak sebab tak gunakan sepenuhnya masa untuk membuat kawan.
Perjalanan minggu ni macam rutin biasa, datang awal, check in, setting workstation pastu keluar breakfast.
Ada lah jalan-jalan sikit kat area company tu, amik gambar sikit untuk kenangan.
Laptop aku buat hal pulak, nasib baik la tau apa benda nak buat. Naib baik jugak lah ada buat backup dokumen-dokumen yang ada dalam tu. Buat diagnose, pastu recovery, defrag balik, scan and then, works as usual!
Minggu ni takde kerja banyak sangat, ada lah beberapa kontrak dokumen yang kena disiapkan, plus final report and slides presentation for Customer Satisfaction Survey hari tu. Outdoor task pun ada, time ni lah dapat jadi close friend dengan Irwan and Khalid..:-)
Bukan selalu amik gambar sendiri sejak single ni..haha
Hari Jumaat pulak, memulakan hari dengan memberi tazkirah kepada staff-staff kat ORSB ni..first time beb! Nanti aku kongsikan apa pengisian tazkirah aku hari tu..:-)
Lepas tazkirah, bersembang dengan staff from OROGENIC-PanTerra, Ammar sampai pukul 10 pagi, sambung habiskan report, then solat Jumaat kat Masjid Bukit Jelutong and singgah lunch, bersembang-sembang sampai pukul 4 petang dengan dia..haha.
Habiskan report dalam pukul 6 petang. Alhamdulillah, sempat jugak siap dalam masa yang dah ditetapkan dalam Microsoft Project..wiihhiiii!! Kawan-kawan, ni bukan practical training report tau, jangan konfius pulak.
Kemaskan meja, bila tengok gambar ni baru aku terperasan yang aku terlupa nak amik button badge aku tu..huu
Meninggalkan office Department of Contract & Licensing ORSB.
Check out untuk kali yang terakhir. Huu, cedih..:-(, esok dah tak masuk kerja, jadi student balik..huk
Mintak Irwan amikkan gambar kenangan sebelum berangkat pulang ke Seksyen 7, nak hantar motor..:-)
Bye-Bye ORSB, terima kasih kepada semua personnel-personnel ORSB for your utmost cooperation sepanjang aku berpraktikal kat sini terutamanya En. Ku Izhar. Diharap report analisa tu boleh digunakan management untuk ORSB continuous improvement effort. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari. In Sya Allah.
No comments:
Post a Comment