Assalamualaikum, semalam telah berlangsungnya sebuah karnival wajib didalam kalendar UiTM iaitu Ekspo Selangkah Ke UiTM. Karnival yang bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM ni bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi ataupun mana-mana program untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UiTM ini.
Event ni berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, unlike tahun sebelumnya dimana aku bertugas untuk dua hari. Tahun 2014 ni pula, aku hanya dapat bertugas selama satu hari sahaja disebabkan kekangan masa dan assignment.
Untuk karnival tahun ni aku volunteer as FSPPP Student Representative, kalau tahun lepas aku berada disini dibawah nama SMF, dimana role SR ni ialah untuk membantu menerangkan dan mendedahkan tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM ni.
Aku sampai dalam pukul 8 pagi, kelihatan ada 2-3 staff FSPPP sedang mencantikkan booth. Tapi, tahun ni nampak hambar sikit lah compare dengan tahun lepas. Mungkin staff baru kot sebab selama hampir 3 tahun aku jadi student FSPPP ni, tak dan pulak nak cam muka diorang ni.
Pukul 9 pagi - suasana dalam DATC masih lengang, cuma urusetia pelajar dan fakulti yang berlegar-legar. Mungkin membuat final touch up untuk booth, disamping material preparation.
Banyak jugak unexpected event time aku jaga tahun ni. First, ada group of student yang datang from Bukit Beruntung which is near to Bandar Sungai Buaya, memang havoc jugak lah sembang dengan budak-budak tu tadi. Then, unexpectedly terjumpa dengan En Khalid Harun, staff ORSB tempat aku praktikal hari tu. Yang ketiga, bagi penerangan kat hampir 8 orang pelajar yang berminat dan melepasi kelayakan. Selalunya standard 2-3 orang je kalau paling ramai pun. Tu yang jadi punca aku sakit tekak ni..:-)
Around pukul 11, suasana dalam DATC mula sesak dengan pengunjung membanjiri setiap booth yang ada. Pengunjung booth FSPPP tadi mostly came from lepasan SPM dan STPM. Antara kos FSPPP yang banyak dibincangkan ialah Diploma Pentadbiran Awam, haha..yang ni macam biasa lah. Tahun lepas pun sama jugak.
Apai dan Pok Su. Ni pun volunteer jugak. Ye lah, kitorang ni kan dah tamat perkhidmatan dengan SMF. Tapi, kerja-kerja macam ni best sebenarnya. Banyak benda boleh dapat such as berkongsi pengalaman disamping expand our communication skill.
Tempat lepak melepaskan kelenguhan kaki yang melampau. Sama je port macam tahun lepas punya event. Nasib baik la booth FSPPP ni strategik kat corner lot.
Bajet serius boleh tak? haha
Staf dan pensyarah yang sanggup turun from Kampus Seremban 3. Yelah, fakulti aku sekarang ni flag campus dah kat Seremban 3 and Shah Alam dah jadi branch pulak, bapak awkward sebab selama ni bangga gila study kat kampus utama Shah Alam ni..haha
Ekspo Selangkah Ke UiTM memang best dan mantap. Sebab? UiTM memang always the best dan sentiasa dihatiku. Bukan aku sorang je, malah aku rasa semua anak-anak UiTM mesti berbangga dilahirkan daripada universiti bumiputera terulung ni..:-)
So, itulah cetusan entri pada malam ni. Sangat enjoy dapat join dan volunteer as student representative untuk karnival wajib UiTM ni. Of course lah penat, suara aku pun dah serak-serak basah ni..haha, tapi takpe, demi masa depan anak-anak Melayu dan Bumiputera, penat lelah dalam mempromosi UiTM membuatkan aku rasa bangga. Mungkin ini salah satu usaha kecil aku dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan pendidikan bangsa yang aku cintai ni. Akhir kata, universiti lain pergi main jauh-jauh because UiTM Sentiasa Dihatiku!
No comments:
Post a Comment