Assalamualaikum semua, untuk segmen "Office Talk" hari ni, aku nak dedahkan tentang mitos dan juga salah faham budak-budak yang baru lepas graduate tentang GAJI. Yeah, gaji or wages, or salary, paycheck dan apa-apa term yang korang guna untuk gambarkan pendapatan yang diterima bila dah berkerja. Tak macam budak praktikal, jangan perasan yang korang dapat gaji, tu sebenarnya elaun je..haha
Okayh, berbalik kepada isi utama entri hari ni - orang yang abru lepas grad ni kekadang ada banyak misconception tentang hal-hal melibatkan gaji ni. So, jom kita terjah apa top three salah faham paling popular tentang gaji..:-)
Company Besar? Gaji Besar?
Haa, ni jenis yang suka assume bila dok sedap-sedap kat company yang dah establish dalam satu industri tu, mesti gaji yang diorang dapat pun besar. When it comes to negotiation, ataupun job interview, company kecik jarang lakukan salary market survey yang membuatkan mereka hire someone tu based on qualification and experience rather than company besar yang memang dah ada HR Specialist. Fungsi HR Specialist ni ialah untuk buat salary market survey, dan jika kita perhatikan, company besar memang tersusun dan juga up-to-date dengan jatuh naik salary tu dalam market. So, memang kita agak susah nak nego, lagi-lagi dalam bab gaji dengan HR Specialist ni.
But, kekadang mitos ni boleh dipatahkan dengan prinsip "lagi besar, lagi banyak tanggungjawab, dan lagi banyak gaji". Ini pun sometimes betul dan tak dapat dinafikan. Tapi tak semua.
My Personal Experience: Pernah dan sedang menjadi Student Attachment di dua company yang berbeza saiz - yang first tak besar but pay me more, the second one - boleh tahan besar sebab ada banyak anak syarikat dan juga HQ luar negara, but it pay me less than the first one. But, yang second ni best sikit, sebab struktur agak organized.
Qualification mengalahkan Pengalaman?
Bila cakap pasal benda ni, memang ramai fresh graduate sangka yang lagi tinggi academic qualification, ianya membantu untuk mengalahkan calon yang berpengalaman. This is a highly subjective issue sebenarnya, ada industry yang lagi pentingkan people yang banyak pengalaman rather than belajar tinggi, tapi Microsoft Word pun tak habis explore.
Of course dalam bidang Akademik, qualification lagi diutamakan. Betul tak, but not in industry yang tentunya memerlukan a blend of experience dan juga qualification.
My Personal Experience: Tak pernah but contoh paling dekat ialah my dad. Tak belajar tinggi pun, ada Professional Certificate je from INSTEP. But, dengan pengalaman selama 30 tahun dalam PETRONAS. Beliau dapat outrank fresh graduate dan juga potential candidate yang lain. Siap pernah mentoring budak-budak tu lagi..haha
A Job Is A Job Anywhere
Sesetengah fresh graduate menyangka dengan adanya degree dalam sesuatu bidang tu, let's take Accounting for example, dia akan senang dapat gaji yang besar kat mana-mana company sebab Accounting is the heart of a company, isn't? Haha, sebenarnya an accountant is best rewarded kat accounting firms (eg - Pricewater), sama jugak kat Petroleum Engineering yang akan dibayar tinggi kat PETRONAS rather than PROTON.
Ideanya kat sini, nilai seseorang tu akan bertambah jika dia diklasifikasikan sebagai the source of revenue untuk industri itu. Simpe kan? Ini sebabnya gaji itu bergantung kepada pentingnya someone dalam company tu.
My Personal Experience: Juga tak pernah ada direct experience but from observation time attachment dulu, gaji Engineer dalam Oil & Gas firms lagi tinggi daripada gaji Contract Executive yang bekerja dalam firms yang sama..:-)
So, macam mana semua - jom kita sama-sama remove "general rule" yang hanyalah mitos, dan memberi salah faham kat kita. Ingat, gaji dinilai melalui value kita untuk mereka, bukanlah diatas qualification, besarnya company itu ataupun industry-specified semata-mata
P/S: All picture courtesy from Google
No comments:
Post a Comment