Thursday, January 2, 2014

Kisah AKU n A Day at Sungai Congkak

Assalamualaikum semua, musim exam baru je nak start. Aku baru je habis paper PROMA hari tu then dapat invitation from Abg Sabri nak berpiknik kat Sungai Congkak. Serius dah lama aku tak pergi tempat ni, rasanya ada lah dalam 10 tahun jugak, before aku pindah dari Cheras ke Rawang dulu. Since takde benda nak buat pun hari ni, dengan next paper SOCSEC ada gap sampai 9.1.2014, aku pun buat keputusan untuk join diorang.
Kitorang gerak dari Shah Alam dalam pukul 11. Aku, Faiz, Yat and Esyam naik kereta Abg Sab, yang Wan dengan Yasin pulak naik dengan Zhafir. Mula-mula pergi Gabai, tapi ramai orang pulak..since kitorang pun nak privasi, so kembali la ke plan asal iaitu Sungai Congkak ni.
Sebelum terjun ke dalam kami lunch dulu. Abg Sab ni cool betul la, semua benda piknik dia dah prepare..:-)
Semua dah tak sabar nak terjun..haha
Yasin ni memang pembersih orangnya, kasi cuci tupperware dulu, baru boleh terjun katanya..:-)
Port kitorang tadi bawah jambatan kayu ni. Cuak jugak lah bila ada land rover lalu..lol
Tak tough pun..keding cam papan lapis je aku ni.lol, :-p
Renang gaya bebas.
Aku dengan Yat memang cari port baik punya..explore jauh jugak la kitorang tadi.
Yasin ni kerjanya menyauk ikan je tadi, tapi satu pun tak dapat..haha
Sejuk air kat sini. Lagi best bila kat area yang ada arus kuat..memang challenging..:-)
Antara aktiviti bebas yang kitorang buat tadi, seronok sebenarnya keluar berpiknik dengan kawan-kawan ni/ Lain gila time keluar dengan family. Time ni lah semua benda gila-gila nak datang pun..haha
Posing baik dari Yat..ala-ala iklan Sunsilk gitu..:-)

Picture kami - courtesy by Yasin Samsung Galaxy SIII
Project Manager untuk Piknik Sg. Congkak ni, memperkenalkan - Abg Sabri, buat adik-adik manis kat luar sana, ni memang calon suami terbaik..aku recommend ni. :-p
Dalam pukul 4, kami pun bersiap untuk pulang ke Shah Alam. Dah macam kat Korea pulak si Yat tu..lol
Dah macam ninja aku tengok budak Slim River ni..haha
Sebelum bertolak, pekena ais-krim dulu. Lama dah tak makan ais krim aku ni, kesian betul. Sampai nak bukak wrapper pun tak tau..kii
Bergambar kenangan di Sungai Congkak.
Betul la orang cakap muka aku ni tua tak kena dengan umur..huk. Kata orang, banyak sangat berfikir. Ye la tu??
Bye-bye Sungai Congkak. Ada masa ketemu lagi..:-)
On the way nak balik, diorang ni singgah makan durian pulak..hehe, sori la kawan-kawan, saya ni alah bau durian, apatah lagi memakannya..:-p

So guys, itu lah cerita hari ni. Memang best, asyik berjalan je aku semester ni. Hari tu Morib, hari ni Hulu Langat pulak..lepas ni kemana lah pulak..haha
p/s: Ishak ada cakap nak pergi camping hari tu, dengar-dengar area Hulu Selangor..

No comments:

Post a Comment