Assalamualaikum semua, seronok kan hari ni dapat cuti? Ok lah, hari ni nak cerita pasal progress minggu kedua aku berpraktikal kat OROGENIC ni. Oh lupa nak inform, tempat aku prakitkal ni ialah sebuah syarikat multinational yang berpusat di Malaysia, menawarkan servis teknikal dan logistik didalam industry minyak Malaysia. Nampaknya aku dah berpeluang untuk berkerja dibawah dua firms yang skopnya sama - jangan-jangan masa depan aku ni kat oil and gas kot? haha
Dapat sticker kenderaan jugak..huu. Aku naik motor je berulang alik from rumah uncle aku kat Bukit Bayu, tak macam ada yang naik kereta..haa
Haa, ni lah practical training plan aku. Yang compulsory dalam guidelines FSPPP ialah report dengan training. Selebihnya aku yang rangka sendiri. Alhamdulillah, supervisor aku pun kata OK dengan plan ni, dia kata kalau takde kerja, boleh lah buat benda-benda ni. Tapi, so far semuanya balance.
Sila-silalah telefon aku kat sini, hehe - tapi pasal business je la. :-)
Kerja pun bawah Contract Department, memang hari-hari menghadap kontrak je lah - tapi best, sebab buat apa yang dah belajar time PROMA hari tu - iaitu tendering. Cumanya kat sini lagi advance sebab kita deal dengan technical part.
Tapi kerja aku tak terhenti kat situ je - as a part of management studies, aku berpeluang untuk meneliti beberapa dokumen company. Gambar ni baru dua fail je, sebenarnya ada 5 lagi yang aku baru dapat semalam, tapi tak sempat nak amik gambar..hii. Mostly, study aku ni berkaitan HRM dan juga Quality Management.
Macam dalam plan aku - time praktikal ni juga akan aku gunakan untuk meneliti research paper aku. Baru-baru ni dah dapat greenlight from Dr. Aliza untuk proceed - sekarang ni tengah mengumpul maklumat untuk questionnaire. So far, progress yang sangat baik.
Apa yang bestnya company ni Farid? Ok, yang seronoknya OROGENIC ni, top management tau macam mana nak handle employee through culture yang sangat sihat dan baik untuk diikuti oleh company lain. Misalnya, setiap hari Jumaat, semua pekerja akan mendengar tazkirah selama hampir 2 jam, and ada makan free. Fasiliti untuk employee jugak sangat baik kat sini, nak tau apa yang ada kat tingkat atas Wisma OROGENIC ni?
Lounge untuk employee berehat selepas kerja ataupun kalau takde kerja. Boleh la nak tengok tv, or tidur kat sofa
ataupun berkarok melepaskan stress, takpun buat air panas yang instant pakai mesin ni. Aku baru guna sekali semuanya sebab bila aku lepak kat lounge ni, benda yang aku akan buat ialah..
Main golf..haha, serius best tau. Apa salahnya belajar basic dulu, kot la dah kerja betul-betul nanti senang sikit kalau client ajak main golf..kii
Kat tingkat yang sama jugak ada gymnasium. Dalam ni ada snooker, dart, foosball, ping pong dan juga mini gym. Seronok kan kerja kat OROGENIC ni..:-)
Balik je kerja, singgah makan kat Bukit Jelutong dan balik ke rumah Acik Fendi. Tak jauh pun perjalanan dari office ke Bukit Bayu ni, kalau jalan sesak ada dalam 15 minit, kalau tak sesak, kurang dari 10 minit pun boleh sampai.
Ok lah, disini aku nak mengucapkan selamat berpraktikal kat kawan-kawan seperjuangan. Kerja baik-baik ye semua. Kalau takde kerja, cari lah kerja, jangan tercongok je kat meja tu tak buat apa-apa. Bye and goodluck uolls..:-)
No comments:
Post a Comment