Tuesday, February 18, 2014

Kisah AKU n Jenis-Jenis Pekerja

Assalamualaikum semua. Jalan sesak hari ni, aku pun tak tau kenapa? Pergi balik sama-sama sesak, nasib baik lah aku tunggang motor je, ada Acik Fendi offer pakai Wira dia tu, tapi..it's manual!! Haha, aku ni lembab sikit bab kereta manual ni, maklumlah, dah lama tak drive. Bukan apa, satu lagi nak elak jalan sesak lah. Office masuk pukul 8.30, aku pukul 7.50 dah keluar, pastu breakfast then check in on time je. Kalau hari Jumaat pulak, pukul 8.15 baru gerak tau...hii

Baiklah, dalam segmen "Office Talk" malam ni, izinkan aku membuka topik jenis-jenis pekerja kat office. Bagi aku topik ni menarik untuk dikongsi, since korang pun maybe nak jugak tau, jenis macam mana korang ni bila bekerja. Jom selak!

Mr Enthusiastic
 
Pekerja yang jenis macam ni biasanya akan masuk and keluar office dengan muka ceria dan bersemangat. Kenapa? Sebab mereka sangat mencintai kerja, walau teruk mana company tempat mereka bekerja. Orang tua kata kalau nak buat something tu kita mestilah buat dengah sepenuh hati, dan of course - passion.

Miss Unhappy
Berlawanan dengan Mr Enthusiastic yang sentiasa ceria, mesti akan ada sorang kat office yang asal masuk je muka masam. Ye lah, sometimes kita kadang-kadang terpaksa kerja sebab we need money right? Dapat pulak kerja yang memang kita tak minat langsung, so itu lah jadinya.

Slacker
Ni jenis yang suka mengulor, bak kata orang Muor. Kerja diorang ni melepak je, kadang-kadang nampak kat smoking room, pastu ada kat pantri..haha. Jenis yang macam ni biasanya buat minimum kerja, skillful dalam mengampu boss dan juga suka bagi kerja kat orang walaupun ada masa nak buat. For uolls punya information, chatter tak termasuk dalam kategori slacker.

Brown Noser
Ni puak berlawanan dengan Slacker walaupun ciri mengampu tu ada. Bezanya, Brown Noser ni selalunya rapat dengan boss. Biasanya orang yang macam ni dari zaman sekolah and universiti lagi kita dah boleh nampak. Nak tau apa ciri-ciri orang ni? Zaman belajar kita gelar "Teacher's Pet" or "Anak Emas Cikgu", beware dengan orang macam ni sebab mereka ni normally mulut tempayan.

Mysterious Boy
"Bro, kau tau siapa budak baru tu, ala, yang duduk depan bilik En. Din tu?" Haha, yang jenis macam ni kadang-kadang dia masuk pastu keluar office pun orang tak tau. Kebanyakan masanya dihabiskan kat cubicle. It was believed that "Mysterious Boy" ni nak play safe dalam office environment, ataupun diorang ni memang jenis anti-sosial..Yang tak boleh blahnya, aku praktikal kat ORSB hampir 70% berwatakkan "Mysterious Boy"

Worker Bee
Tau lebah kan? lebah rajin kan? Pandai pun. Pekerja yang dikategorikan dalam "Worker Bee" ni biasanya yang pertama check in, dan yang last sekali check out. Juga banyak menghabiskan masa kat cubicle, even makan pun kalau boleh nak kat situ jugak sebab komited dengan kerja. In addition, jarang bersembang dan melepak kat pantri. Sadly, diatas reputasi dan ciri-ciri mereka yang hanya berkomunikasi bila perlu, "Worker Bee" dilihat sebagai outsider rather than office team. But, this type of employee merancang masa setiap jam mereka sebelum masuk office lagi, which is very good in time management.

Machiavelli 
"Matlamat menghalalkan cara". Pernah dengar? Ingat politik je ada benda tu, kat office pun ada politik jugak. Dalam office environment, memang akan ada yang jenis macam ni. Please lah, kalau time belajar kat universiti pun dah tau tikam belakang, dah tau segala macam teknik meniru semata-mata nak dapat 4 flat setiap semester. Tak mustahil, orang jenis ni akan jadi lagi extremely cunning dalam menyingkirkan siapa-siapa yang menghalang progress dia dalam office environment. Dalam banyak-banyak jenis pekerja, yang ni paling lahanat aku rasa. Yang pernah kena je faham. Yang selalu buat tak kisah.

Jadi kawan-kawan, korang yang mana satu? Share lah sikit..huu. Semoga berjumpa lagi esok, till then, tak care semua!

p/s: Picture credit to Google Inc.

No comments:

Post a Comment