Saturday, July 13, 2013

Kisah AKU & Smartphone

Assalamulaikum semua, macam mana puasa. Ok ke setakat ni? Alhamdulillah dihari keempat Ramadhan ni aku masih diberi tenaga yang cukup untuk menjalankan ibadah puasa, terawih pun so far masih mampu ke Surau Al-Mustaqimah tu, walaupun buat lapan..huu
Ok lah, entri hari ni simple je. Well, seperti yang korang tau, kita hidup didunia penuh globalisasi dimana smartphone adalah sesuatu teknologi yang dicipta bagi memudahkan kita berhubung. Kalau dulu, kita hanya bergantung dengan messaging dan juga calling..tapi kini, kita ada aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, Viber dan macam-macam lagi - dan ianya boleh didapati di smartphone-smartphone yang canggih sahaja. Disokong oleh Mobile OS seperti Android, Windows Phone, ianya membolehkan pengguna smartphone untuk mendapat akses sempurna untuk aplikasi-aplikasi macam yang aku cakap kat atas tadi.
Aku pulak tau lah pasal benda-benda ni tapi tak pakai pun smartphone alaf baru macam Galaxy S4, Lumia dan sebagainya. Well, for your information, mobile phone yang aku pakai selama ni ialah Nokia C3-001, takde sokongan Android, mahupun Windows Phone. Akan tetapi C3 tetap diklasifikasikan sebagai smartphone, sebabnya menurut AT&T, apa-apa mobile devices yang ada sokongan wifi, dan 2G keatas adalah "smartphones" , bukannya henset tu pakai tie, baju kemeja mahupun seluar slack tau..huu

Ada seorang kaawan aku ada menyuarakan (huu..baku gila ayat) pendapat dia dan mencadangkan aku untuk pakai smartphone yang lagi canggih, kawan-kawan aku pun ada jugak suggest tapi tu lah. Memang banyak advantage - macam dapat save kredit kan bila connect dengan Whatsapp dll, plus, orang zaman sekarang pun lagi prefer aplikasi macam tu bila nak berhubung, so tertinggal lah aku..
Tapi, berat rasanya nak tukar, plus aku pun dah berjanji dengan diri aku dan juga C3 ni untuk menggunakan servis dia sampailah aku tamat Semester 6, sebabnya Nokia C3 ni lah yang bersama aku sejak dari awal aku masuk Part 1 dulu. In addition, aku dah gunakan khidmatnya since bulan 6, 2011 - maknanya dah 2 tahun setengah. Refer link ni dimana aku beli waktu dapat gaji pertama aku kat Onyx.

So, itu lah satu-satunya reasons aku. Even time cuti ni aku akan buat attachment dengan Onyx pun aku tak kan consider gaji tu untuk beli smartphoone baru.

No comments:

Post a Comment