Tuesday, July 9, 2013

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2013

Assalamualaikum semua kepada muslimin dan muslimat yang menziarahi blog ini. Saya mengucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah. Tahun ini, Ramadhan aku tidak bersama keluarga yang tersayang. Aku dijangka akan berpuasa selama 4 hari di Shah Alam ni, disebabkan ada satu lagi paper yang tinggal iaitu South East Asian Affairs ataupun dikenali sebagai ASEAN pada 13 Julai ni.
Seperti kebiasaan dan tahun-tahun sebelumnya, tarawikh yang pertama memang aku akan pergi dan kali ni aku pergi sorang-sorang je - takpe jugak, sebab tak payah nak tunggu orang or rushing sangat.
Mendengar briefing oleh orang surau tentang program-program yang akan dijalankan oleh kariah untuk Ramadhan tahun ni - banyak programnya but aku sempat puasa kat sini 4 hari je..huu. 
Surau ni wat 20, tapi aku 8 je...bukan apa, ada paper lagi kan - nota pun tak buat satu apa lagi. Tapi memang aku tak pernah pun buat sampai 20 selama ni..haha
Tak macam kat tempat aku, kat sini penuh jugak, sampai terkeluar..maybe sebab first day kan. Tapi apa-apa pun, ramai jugak siswi tadi..hii
Sekitar pukul 10 aku pun balik rumah - update blog jap, pukul 11 ni nak buat notes ASEAN sampai sahur nanti..haa, sebab kalau boleh pagi sampai tengahari nak hibernate..kii
Orait lah guys, aku nak online fb jap. Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat dan semoga Ramadhan kali ni lebih baik daripada yang sebelumnya.Insyallah
p/s: Nak sahur apa eh esok? kat fridge ada telur, hotdog dengan maggi je..:-)

2 comments:

  1. Salam senior. Tumpang tanya, subjek ASEAN ni belajar pasal apa ek ? Dia lebih kurang macam IR part 3 ke macam mana ? Kecelaruan memilih subjek elektif. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. subjek ASEAN lebih kurang macam IR but fokus kat negara-negara rantau asia tenggara. Kalau rasa boleh bawa IR, try je lah ASEAN sebab ada relation jugak.

      Delete