Assalamualaikum semua, lagu nasyid memang sebati dengan diri aku. Tak caya eh? huu, tengok memang tak caya kan dengan gaya aku yang nampak agak liberal, tapi itu la hakikatnya. Lagu nasyid ni banyak khasiatnya, banyak pengajaran dan juga memberi peringatan untuk kita semua. Ok lah, kalau korang ingat dulu aku ada jugak buat entri camni, so ini sambungan je lah..huu Nak tengok yang part 1? klik je link ni.
1. Hanyut (UNIC)- "Namun hakikatnya hidup, sarat pesona dusta dugaan tuk menguji kehambaan, tiada tempat berlindung dari fitnah dunia, selain perlindunganNya"
Lagu ni aku dengar from adik aku..mula-mula rasa "Apa lagu UNIC, catchy semacam je.." haa, tapi dengar banyak kali memang membawa maksud yang bagus - iaitu untuk mengingatkan manusia tentang our purpose of existence kat muka bumi ni.
2. Insan Bernama Kekasih (UNIC) - "Datanglah kasihmu dalam diriku, menghiasi ruang hatiku, akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran, kuharap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina kerana cinta kepadaNya"
Lagu ni sedap betul lirik dia - puas hati dengar. Basically lagu ni untuk meminta keredhaan daripada Allah agar cinta yang disemai bersama kekasih hati bertahan sehingga ke anak cucu.
3. Sahabat Sejati (UNIC) - "Kubiar kalam berbicara, merungkai maksudnya dijiwa, agar mudahku mengerti, segala yang terjadi, cuma suratan ilahi.."
Lagu yang bertemakan sahabat ni selalu dengar kalau ada kem, or teambuilding yang bertemakan Islamik, ada sekali waktu aku Form 5, Kem Pemimpin Remaja Islam kat Kuala Kubu Bharu, ada dengar tapi waktu tu biasa lah, mana nak dengar sangat nasyid ni :-p..tapi lagu ni bila dengar, memang syahdu je sebab ianya berkisar tentang ukhuwah yang terbina diantara sahabat..:-)
4. Bisikan Nurani (InTeam)- "Betapa aku hargai, anugerah syurga didunia, doa kudus aku panjatkan, semoga dirahmati, telahpun syukuri didalam hidup ini, cinta suci kurniaan ilahi..."
Hehe, ni lagu untuk yang dah berkahwin sebabnya, tengoklah lirik kat atas ni -"anugerah syurga didunia" refer to seorang isteri. Isteri adalah syurga bagi lelaki didunia ni..sesungguhnya cinta seorang isteri kepada suaminya adalah sebuah cinta suci kurniaan Allah kepada mereka yang bersabar..:-)
5. Doa Seorang Kekasih (InTeam) - "Ku pasrah kepada mu, kurniaan kan lah aku, pasangan yang beriman, bisa menemani aku, supaya ku dan dia dapat melayar bahtera, kemuara cinta yang engkau redhai.."
"Ya Allah, ku mohon apa yang telah kau takdirkan, kuharap dia adalah yang terbaik buatku, kerana engkau tahu, segala isi hatiku, pelihara daku, dari kemurkaanMu
Overall, lagu ni keseluruhan lirik memang terbaik, sampai aku pun tak tau nak amik potongan lirik yang mantap..Tu yang sampai ada dua tu. Aku suka sangat lagu ni sebab akan buatkan aku rasa lagi bersemangat untuk teruskan hidup, belajar betul-betul and insyallah menjadikan seorang perempuan yang layak dijadikan yang halal buat diri aku..amin
No comments:
Post a Comment