Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari pertama attachment aku di Onyx. Exam baru habis 13/7 hari tu, 16 dah start bekerja..stailo tak aku..huhu. Budak-budak lain tengah sedap bercuti with exception untuk student praktikal dan juga attachment seperti aku ni - mencari pengalaman, duit poket sementara menyiapkan tugasan dan objektif.
Since korang pun tau, dulu aku pernah kerja part time kat Onyx sebagai Administration Trainee, waktu tu muda lagi , baru je lepas habis Asasi. Dalam May- August 2011. Rutin hariannya, keluar rumah pukul 6 .30 pagi, then amik bas pukul 7.. Sempat lah sampai on time before 8.30..:-)
So, rutin yang sama pun berulang lagi sekarang. huu, memang nostalgik betul sambil mengenang kembali zaman mula-mula aku didedahkan dengan dunia korporat ni..:-)
Sampai kat Masjid Jamek, naik LRT ke KLCC then melintas jalan ke Plaza 138..menariknya, jalan ke ofis still aku ingat lagi, tingkat berapa, bilik berapa..short cut, huu..:-)
Haha, welcome back Mr. Farid. Tapi, cam biasa la, aku takde akses kad..
Masuk je terus jumpa En. Nidzar..and bentangkan prospek dan plan aku untuk attachment ni - dan aku memilih untuk menganalisis company's profile especially didalam Human Resource, HSE dan cabang-cabang teras dalam management - planning, decision making etc.
Haa, ni bukan file aku..saja wat hiasan gambar..hii. Tadi tak bawak lappy pulak, lepas drafting je memang boring gila la tak buat apa, cuma skimming sikit beberapa dokumen.
Since sekarang ni bulan Puasa, staf dibenarkan untuk balik satu jam lebih awal - so, boleh katakan 90% staf balik pukul 5 tadi, sekali dengan aku jugak..Di KL hampir 90 % staf adalah wanita iaitu tertumpu didalam Organization's Management, manakala di Batu Caves iaitu Data Management pulak sebaliknya..:-)
Pun sama, rutin balik naik bas pukul 6 petang, beli lah air sebotol in case kalau jalan sesak ke then terpaksa kena buka dalam bas..macam dulu, huu
Tak disangka, bas tiba di Terminal Bas Bukit Beruntung tepat pukul 7. Sempat jugak berbuka dengan family, sebab ayah dah sampai rumah dulu sebab pukul 4 dah habis office hour.
Huu, semoga berjaya Mr. Farid untuk attachment selama 2 bulan ni.. Nak kumpul duit ni untuk recover duit yang dah habis kat Korea hari tu..plus nak pergi Parit Buntar nanti..:-)
No comments:
Post a Comment