Sunday, August 28, 2011

Kisah AKU n Onyx : Summary

Menyingkap semula sejarah ketika aku mula-mula menyertai Onyx pada 4 Mei 2011, sangat takut – normal lah jika aku berasa begitu kerana sebagai freshie, tentunya kita tak kenal staff-staff disana, working environment dan juga attitude mereka dan kesannya terhadap kita.

Pada bulan pertama – tak banyak sangat kerja yang ditujukan kepadaku, untuk mengelak masa yang dibazirkan dengan hanya duduk menghadap PC, aku mengambil inisiatif sendiri untuk membaca buku-buku undang-undang, ketika ini – interestku masih dengan hal yang berkaitan legality. In addition, dengan statusku yang dilahirkan from program asasi undang-undang, aku menyemak kontrak mostly from klien-klien mereka, walaupun tiada benda yang perlu di amend because it’s perfect and valid – but it’s really a worthwile because masa yang aku perlukan untuk membaca keseluruhan kontrak dengan teliti itu, boleh mencapai setengah hari and for me, at least – ada benda yang hendak dibuat. Dalam bulan pertama jugak, still ada ramai staff di office because EM’s divison belum pergi site but tak tau kenapa, skill communication aku macam terhenti membuatkan aku jadi takut dan resah untuk membuka bicara dengan mereka. Seingat aku, bulan pertama staff yang aku mostly from Data Management /Contract/Admin Field such as Rina, Rinee, Ramlan, Muhammad. Bulan pertama juga aku mendapat baptism of fire dimana aku repeatedly diattack oleh seorang staff, tetapi berkat kesabaran aku berjaya bertahan sampailah dia pun jadi boring , maybe tengok aku macam tak ambil kisah sangat..

contract act - teman hidupku di bulan pertama..

Bulan kedua – interest aku terhadap undang-undang sudah mula pudar, mungkin sudah muak kot dan pada bulan June, aku mula beralih angin dan memasuki Admin field. Ketika ini, aku banyak juga mendapat task from staff lain untuk amend, edit, retype etc. the document. For me, no problem sebab Alhamdulillah, aku tahu menggunakan Microsoft Office dengan baik – dan untuk meningkatkan skill Microsoft aku meninggalkan Federal Constitution, Contract Law, lalu mempelajari Advanced Microsoft Office di laman web Microsoft, dimana mereka menawarkan khidmat training secara online. Bulan kedua aku start berkomunikasi dengan big bosses (Nidzar, Mustapha, Zainal) dan mereka banyak membantu aku untuk bertahan didalam Onyx. Seperti biasa, aku still lagi diattack tanpa belas kasihan oleh staff itu. In addition of that, aku start kenal dengan staff yang bertanggungjawab membawa aku masuk kedalam company ni, En. Esyam.

sekali-sekala duduk kat meja Shaz best jugak, suka sangat angkat incoming call..

sunyi je..

EM's staffs..ape bende je la diorang tengok tu..

Bulan ketiga, bulan kesedihan bagi aku – aku dapat MUET Band 3, no FUU anymore, ayah aku bekerja di Sudan selama sebulan that’s mean aku pergi and balik kerja sendiri, pengalaman baru – drive kereta sorang-sorang pergi-balik , macam yang ayah aku cakap, “Nanti abang dah besar, lagi teruk, but at least, sekarang dah ada experience..kan?” . Setelah completed my Microsoft studies, aku tak tau nak buat apa..nak belajar law, buat apa – siapa yang nak amik law lagi?, Microsoft Office? Ok lah, Cuma Excel tu perlu dipertingkatkan lagi..and now aku dah ada interest baru – Accounting and Economics, menyedari course baru yang bakal aku ambil di UiTM memerlukan aku untuk mengira – sesuatu yang aku tak pernah suka, aku mengambil inisiatif untuk belajar Accounting, and guess what – lama-lama aku sudah fall in love with them..Julai juga mengenalkan aku dengan seorang lagi staff, Hafiz – bulan pertama and kedua aku Nampak macam sombong je brader ni, tapi rupa-rupanya chatter juga. Perfect sangatlah aku rapat dengan dia time-time ni, because En.Hafiz seorang account exec kat Onyx, boleh timba pengalaman study Accounting dengan dia – bulan ketiga aku kat Onyx banyak expose aku tentang urusan dengan bank mostly PBB,how to transfer fund to client’s account, how to make a bank transaction, how to deal with bank manager, how to bank in a large amount of money, how to make a cheque deposit dll..and it’s fun. Bulan ketiga ini, staff yang selalu hendak menjatuhkan moral aku tu dah start untuk berhenti.

pergi kerja seawal 6 pagi..

pulang selewat 7, kalau bulan puasa sampai terminal pukul 8.00 malam..

Aku dah set hala tuju aku waktu ni, aku tak nak menyusahkan diri untuk appeal for BLS, aku rasa masa depan aku lagi selamat dan cerah jika aku meneruskan BAS, at least – grad student from this course mempunyai field yang luas sebab mereka bebas memilih cabang yang bakal diceburi, macam yang dalam course description “to produce a ‘sine qua non’ fresh grad” – harap-harap lepas grad dapat kerja sini..hu3x

in memory..

Bulan keempat, bulan puasa. Aku expect yang aku tak banyak kerja time ni, but aku silap. Aku tak sempat nak study apa-apa pun, sebab mesti kena keluar – baru nak duduk, mesti ada orang yang panggil bagi kerja – but, aku suka dapat kerja banyak rather than duduk silang kaki kat depan meja sambil memikirkan game apa nak download hari ni..ha3x, kantoi plop. Bulan terakhir aku kat sini menyaksikan 4 minggu yang aku memang rasa tak sabar nak resign. Kali ini banyak juga yang berkaitan dengan legality – Embassies, Legal Firm, Commissioner for Oath, Notary Public, Wisma Putra dan seperti biasa bank. Bulan keempat, I made a good friend with Fida from EM division semuanya sebab order from En.Esyam yang menyuruh aku tukar tempat duduk sebelah dia (maybe sebab ramai abang and kakak EM yang dah pergi site, menjadikan banyak kekosongan disitu). Aku ingat lagi, ada satu hari tu takde kerja langsung and kami bersembang tentang experience kami di university masing-masing, baru aku tau yang kebanyakan staff EM grad from USM, satu batch and some of them satu kelas..that’s awesome, satu university, satu batch, satu office, satu department. Bulan keempat menyaksikan aku berbuka puasa didalam bas for a number of time, join iftar ramadhan bersama Onyx..to be honest, bulan August merupakan bulan yang paling best sejak aku bekerja kat sini. Finally, tanggal 26.8.2011 – aku pun resigned, sangat sedih apabila mengenangkannya kerana aku baru je start untuk enjoy dalam hari-hari terakhir tu, rasa menyesal jugak “Kenapalah aku tak bergaul dengan diorang ni, waktu first-first masuk dulu..”

dokumen-dokumen Ogos..

raya preparation with them..

iftar ramadhan..

Apa yang paling penting sekali, dengan bekerja disini ia sekaligus mengubah persepsi aku terhadap orang lain, jika dulunya aku berpendapat law and order rule the world, siapalah engineer, doctor , architect dll tanpa undang-undang yang baik dalam menjaga hak mereka..tapi sekarang we're equal mate..siapalah lawyer, judge tanpa mereka yang selalu buat masalah..ha3x, ini yang membuatkan aku yakin dalam haluan ku kearah sains pentadbiran, rather than terus berkabung and meratapi nasibku yang kecundang di pertengahan jalan..

and one more thing, bekerja mengubah penampilan aku. Kalau dulu, waktu bulan pertama - Mesti ada yang bertanya, "Ayah kerja kat sini ke?" - WTH korang, aku kerja kat sini lah..Tapi dalam 2 bulan terakhir, imej aku drastically bertukar and..
"Praktikal student?" . Yaah, that's great - at least, ada improvement..kan??

dulu..

sekarang..


In conclusion, terima kasih Onyx kerana menghadiahkan aku pengalaman menjadi seorang pekerja, really appreciated it and I hope to join you next time..

1 comment:

  1. Wah! entry anda sngt cool, suka dan minat nk baca. penulisan yang menarik. Suka dan follow anda ya..

    Entry terbaru saya
    Emma Watson got pretty legs
    (18sx) Ramai suka anime sebab ini lah!
    The most happiest women in the world

    ReplyDelete