Hari jumaat tu aku amik cuti – banyak benda nak kena settle dengan UiTM dan bank, sejak kerja ni – aku tak banyak masa nak buat benda-benda ni, tak focus. Balik bank je, terus bergerak ke UiTM Melaka, nak settle kakak aku punya pulak, lagipun dia mengada-ngada kata nak tengok dulu kampusnya macam mana, *sigh*. Lepas tu kami sekeluarga bergerak ke SBPI Rawang, nak amik “banduan”...ha3x, adik aku tu – dah lama sangat tak balik rumah.
Ramadhan sudah memasuki minggu ke-empat, dan baru inilah kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama, yalah, sekolah adik aku ni pulak macam penjara pulak aku tengok, jarang nak bagi studentnya pelepasan untuk buka puasa bersama-sama family, dengar cerita diorang raya pun sekejap je – kata adik aku, 4 september dia kena balik SBPI Rawang ni.
So, masa ini memang terbaiklah kalau nak pergi beli kelengkapan hari raya such as baju baru dll. Kalau dulu kami pergi Selayang Mall, tapi kali ni pergi JUSCO Kepong pulak.
Kat JUSCO ni takde Chargers Outfitter, so, aku decide untuk tukar kelainan pulak – forest. Forest ni dulu pattern bajunya tak canggih langsung, tapi sekarang ni kreatif la jugak. Taklah biasa sangat dop. First time aku noticed keunikan pattern forest ialah ketika hang out dengan roomies kat JUSCO Bukit Raja, dimana aku purchased one shirt sebagai probationary shirt..hu3x
This time pulak waktu mencari baju office untuk dipakai di uitm – aku dah malaslah nak pakai baju- baju t-shirt lagi, actually, i used to wear formal rather than casual, but some of my outfit such as yang brown kat atas tu – aku still bawa masuk UiTM nanti.
Boring tunggu adik aku dalam fitting room tu –“eh, style pulak gambar ni, buat dp fb la pasni..hu3x”
Unlike tahun-tahun sebelumnya yang aku selalu kira berapa banyak duit habis untuk dia ni, tahun ni aku takde idea langsung berapa banyak outfit dia beli and how much..
Bajet tough? Sepak laju-laju karang, baru kau tau...
Fitting room confession - Tahun lepas kaler cekelat, tahun ni kaler purple, “dah macam baju prs aku plop”
Dah pukul 6 petang, jom balik la korang – nak buka puasa dengan baju-baju tu ke weyh..??
Semalam, kami berlima berbuka puasa di Six Point Riverside Cafe, ala carte or buffet? Seriously, aku tak pernah prefer buffet sebab bagi aku rugi.
Kenapa pulak rugi? Untuk orang yang menikmati makanan, know how to enjoy the food and make your bloody stomach feel happy (macam mereka diatas – consider tengok makanan didepan diorang), buffet memang package terbaik..but,
Untuk orang yang tangki kecik macam aku ni – rm17 per head it just a total pembaziran, why? Sebab apa yang aku makan semalam, aku rasa tak sampai setengah pun harganya..hu3x
..............................THE END....................................
takde keje ke farid tak pasal2 nak sepak adik tu. farid dengki la tu
ReplyDelete