Wednesday, August 10, 2011

Kisah AKU, Uncle, Mineral Water n Traffic Jam

Semalam memang terrible betul, kebanyakkan pekerja pulang kerumah mereka satu jam lebih awal dalam bulan Ramadhan agar sempat berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Aku pun tidak terkecuali, biasanya aku selalu keluar office pukul 5 petang dan kemudiannya bergegas ke Puduraya untuk mengejar bas pukul 5.30. Begitulah rutinnya dalam bulan puasa ni.

Aku memang selalu sipi-sipi je nak tertinggal so asal masuk bas memang penuh jugak lah, tapi at least still ada seat - tak kisahlah duduk sebelah orang muda ke, orang tua ke, asalkan dapat duduk. Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk kedalam bas, banyak mata yang melihat - depan of course penuh - scan punya scan nampak ada loophole kat belakang. Sebelahnya duduk sorang uncle yang aku selalu perhatikan sejak aku naik bas ni 3 bulan lepas. Hrmm..duduk jelah.

Selang beberapa saat selepas aku melabuhkan punggungku ke seat bas eksekutif ni, uncle ni bersuara..

"Kerja kat mana?"
Aku terkesima - "Damn! Uncle ni tegur aku..".
"Err, saya Trainee kat ONYX, Plaza 138, Jalan Ampang"
"Praktikal student ke??"
"Tak, bulan 9 ni baru nak start ijazah..saja je kerja nak tambah experience.."
"Baguslah tu, selalu pergi dengan siapa?"
"Ayah saya, tapi hari ni dia EL, dia balik awal tadi.."
"Oh, patutlah..betullah tekaan pakcik dulu"

Senyap, kemudian aku memberanikan diri bersuara..

"Pakcik pulak kerja kat mana? Designation?"
"Menara TM, IT division..err, tempat kerja kamu bagi elaun tak?"
"Ada."

Senyap lagi - kemudian giliran dia bertanya.

"Kamu duduk kat mana?"
"Mawarsari, Bandar Sungai Buaya..pakcik?"
"Prima Beruntung, BSB jauh jugak naik apa nak ke terminal"
"Mana ada jauh, 15 minit sampailah. Saya naik kereta, parking free kot.." jawabku selamba.
"Adik beradik berapa orang, kamu yang sulung ye??"
"Taklah, saya nombor 2 - ada kakak and adik lelaki."
"Kakak berapa tahun?"
"20, saya dengan kakak beza setahun je..err, officialy saya belum 19 pun..hu3x" gelak je tau aku ni.
"Ouh..muda lagi rupanya, ingatkan dah 20-an"

Aku berfikir "Pulak dah, ada kata muka aku macam budak sekolah, ada pulak yang cakap 20-an..dah macam sesumpah pulak rasanya.."

Uncle tu dah keluarkan Al-Quran from bag dia - macam biasalah, ini yang buatkan aku dok perhati dia sejak dulu. Aku pulak keluarkan ear-phone dengar playlist lagu raya sambil surf tenet dalam enset, kontra gila..hu3x

Bas yang kami naiki memang mengambil masa yang lama untuk escape from Plaza Tol Jalan Duta, approximately 40 minit from Puduraya untuk lepas kawasan ni. Tapi, once escaped - memang clearlah. Sampai kat R&R Rawang, hujan lebat ditambah dengan guruh dan petir - aku dah tu duduk sebelah tingkap, rasa macam dalam bot laju. Dalam pukul 7.00 petang bas itu tibalah di Terminal Bas Bukit Beruntung. Masih lagi renyai, aku berlari-lari anak ke kereta.

Set timing - 15 minute. Then, masuk gear 1 and jalan. Keadaan hujan yang renyai membuatkan aku mengambil langkah berjaga-jaga then timbullah satu kebimbangan dihati.
"Eh, apasal berderet pulak kereta kat sini - accident? lampu isyarat rosak? ada orang lemas ke kat sungai itu? air sungai tu naik ke?"

Banyak persoalan yang datang, aircond yang sejuk menambah kebimbangan, jarum jam menunjukkan 7.10 - then mak call - "Kat mana?" "Entah - apa nama tempat ni pun abang tak tau, dekat dengan kubur Kristian tu..jalan sesak. kalau tak sempat buka puasa nanti abang call balik.." aku mematikan telefon, kemudian mata terpandang kereta polis yang menggunakan lorong kecemasan. "Sah, something wrong happen ni - tak pernah sesak jalan ni.."

Ditengah kekalutan, aku terpandang sebotol air mineral - tak tau la time bila punya, probably sebelum puasa kot. 7.30, masih lagi terperangkap - tak bergerak langsung jalan menuju ke Rawang, dalam pukul 7.40, akupun officially membuka puasaku didalam kereta dengan air mineral buat kali pertamanya dalam sejarah hidup aku. Ramai jugak kawan aku kat mlife yang bersimpati - jalan sesak punya pasal, sempat lagi online aku ni. Dalam pukul 8.00 akhirnya aku berjaya melepasi zon sesak. Rupa-rupanya ada sebatang pokok tumbang yang menutupi haluan ke Bukit Beruntung, difahamkan ada juga kabel yang disentap oleh pokok itu.

8.10 : Sampai je rumah, sembahyang maghrib then turun dengan lajunya untuk makan..

Apa kaitan cerita aku dengan uncle dalam bas dan juga jalan sesak? Bukit Beruntung - BSB (15 minit), to hell with that, satu jam beb aku duduk dalam kereta tu, panas seat. Baguslah, orang tua cakap, kalau punggung panas maksudnya subur..ha3x

p/s: Korang pernah bukak puasa dengan air mineral? Aku ada.

No comments:

Post a Comment