Fuhhhh..Hari ni aku study accounting balik selepas hampir sebulan aku hold subject ni. Alhamdulillah, still ingat lagi macam mana nak buat T-Account, Ledger, DACJ, CPJ, CRJ dll. Sebenarnya tak rancang pun nak revise tapi baru-baru ni financial standing aku agak tidak balance ekoran daripada surplus of money (penambahan aset from akaun Tabung Haji dan CIMB (Biasiswa PETRONAS dulu), and also some investment dalam affiliate business).
Memang banyak yang tak balance baru-baru ni sebab sebelum ni aku just spent money from BIMB and alhamdulillah ianya selalu balance, tapi bila dah banyak pulak yang masuk daripada yang keluar - so, aku might want consider untuk pecah-pecahkan mengikut 3 akaun bank tu.
Selepas membuka buku teks Ekonomi tadi, aku berjaya jumpa solution untuk masalah aku ni. So, kita ikut step from sub topic "economic problem" - first, what to produce - dalam isu aku sekarang ni, target aku - Apakah sebenarnya jumlah aset yang aku nak simpan. How to produce? Dalam problem ini, aku tafsirkan ia sebagai How much to spent? berapa banyak wang lagi yang perlu aku keluarkan sebelum aku enter UiTM balik. Selepas difikir-fikir, membelek kalendar - rupa-rupanya aku cuma ada lagi baki 12 hari untuk menamatkan tugas aku di ONYX. So, dalam 12 hari itu - tambang bas pergi - balik, topup Touch N Go and Maxis aku. 3 benda ni yang perlu diberi keutamaan. Selain itu, sejumlah besar duit juga aku akan laburkan untuk membeli aset seperti kemeja baru, seluar slack dll. Hari raya akan menjelma, so, untuk aku yang dah mempunyai gaji ni - aku plan nak bagilah kat family yang terdekat. For whom to produce? Ini senang je - aku buat duit untuk siapa, mestilah untuk kesenangan aku.
Buku akaun aku - zaman sekarang ni dah ada banyak accounting software, tapi aku lagi selesa buat manual sebab bagi benefit untuk aku jugak nanti - first semester ada Principle of Accounting I. Takut jugak tapi hari tu ada hantar e-mail kat seorang lecturer Faculty of Accountancy, dia tanya kenapa UiTM still bagi aku masuk course yang aku tak pernah belajar - sebab, diorang akan ajar. SIMPLE. Macam Law Foundation, ada kita belajar kat sekolah dulu subjek Tort, Criminal. Logiknya, it's all about our effort and determination. Never say never. Perhatikan kat buku akaun tu - sekarang ni aku suka kumpul resit transaksi supaya senang nak record, kalau dulu main campak je kat bawah seat kereta.
Sebab kenapa aku study balik Prinsip Perakaunan ialah kebanyakkan coursemate lain pun dah start cari buku teks and study subjek killer seperti Business Mathematics. Aku tak tau lah apa nak jadi nanti - biar Allah je yang tentukan.
No comments:
Post a Comment