Hari ini, 26 Augustus 2011 - aku secara officialnya telah resigned from Onyx setelah menjalani hidup sebagai seorang pekerja sejak 4 May 2011. So, hari ni aku nak story lah apa benda yang aku buat dalam detik-detik terakhirku disitu.
Pagi-pagi lagi, aku memulakan rutinku dengan menanda dakwat merah di kalendar kecilku - pada asalnya, kalendar ini aku gunakan untuk mengira bilangan hari bekerja yang masih tinggal tapi tadi memang sedih saat pena merah aku menumpahkan dakwatnya di kotak 26.8.2011..
Hafiz call - hari ni kami akan merempuh 3 bank - Hong Leong (Medan Tunku), BSN (Ampang Park) and Bank Islam (Bandar Wawasan)..3 konon, kau jelah 3 - aku 4, pastu kena ulang alik pulak..
Sembahyang jumaat probably kali terakhir di As-Syakirin sebab aku memang jarang nak pergi KL niyh, lepas ni mesti dok bertapa kat Shah Alam tu diam-diam, and jadi katak bawah tempurung balik..hu3x
Lepas solat, pergi Public Bank - kat sini yang bikin panas gila tadi..
Settle dengan PBB, ada sedikit task from Rina (task terakhir aku kat Onyx)
Pukul 4.45 - aku bercakap kat Fida, "This is it - time to say goodbye", aku packing laptop dan menuju ke chamber boss-boss besar Onyx - mengucapkan ribuan terima kasih kat diorang, dalam hati aku menyanyikan lagu from Chantal Kreviacuk - Leaving on a jet plane..terasa sedih ketika ni, kemudiannya aku melangkah ke staff, starting from data management, EM's and Shazreena..Kak Rina kemudiannya memberi aku sebuah paper bag dan aku tak terfikir pun nak buka kat situ pun, En Nidzar cakap ada sorang trainee dulu nangis waktu nak berhenti, dia pelik aku tak mengeluarkan setitik air mata pun..aku bermonolog "Stay tough, Farid" Jauh disudut hati, macam nak pergi tandas and nangis laju-laju..Kenapa tak nangis, sebab aku takut aku rindu diorang, then semangat study aku hilang..macam yang mak cakap, bila dah pegang duit, study pun macam nak tak nak..
Tepat pukul 5.00 aku melangkah keluar dari pintu Onyx, dapat jumpa lagi ke..sambil kakiku bergerak menuju ke KLCC, sempat lagi aku menoleh kearah Plaza 138, Hotel Maya..maybe kali terakhir..disaat kaki melangkah menuju ke Puduraya, sekali lagi mengimbau kenangan dulu saat aku mula bekerja di KL, sangat indah tapi apakan daya - dapatkan Ijazah itu dulu, dan datang berkhidmat semula dengan perasaan bangga - itu mungkin satu motivasiku sekarang. Bas bergerak meninggalkan ibu kota Malaysia menuju ke Bukit Beruntung, aku tertidur - menghilangkan rasa sedih.
Setibanya aku dirumah, tergerak hati mahu membuka pemberian Onyx kepadaku.
Parker? ni mesti pen..getus hatiku, yang paling aku tersentuh nota yang dilekatkan dikotak itu - akanku laminatekan ia..
jariku membuka kotak itu dengan cermat..akanku simpan kotak dan paper bag ni..
it's a set of pen..kan betul
pada mulanya aku tak perasan tulisan yang terukir di pen itu, setelah melihat dengan lebih teliti - terukir "M FARID"..waah, hatiku terlompat, akanku simpan pen ini sebaik mungkin, dan gunakan ia di UiTM sebagai pemacu motivasi aku..
p/s: esok aku akan membuat summary tentang pengalam aku bekerja, malam ni aku penat sangat - terawih pun tak pergi ni..
No comments:
Post a Comment