Duit - memang susah nak cari. Macam mana nak dapat duit - dari mak ayah ? kerja sendiri? join affiliate seperti di link dibawah ni? ataupun kesemuanya.
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=mcbridefred
Dulu, aku cukup tak kisah pasal duit, dari usia aku setahun jagung sampailah aku bergelar pelajar universiti aku tak pernah kisah betapa susahnya ayah aku cari duit. Pergi pagi, balik malam - macam aku sekarang. Dulu, aku memang kaki buang duit - suka beli banyak pensil tekan Shaker, Grip atau sewaktu dengannya, mp3 lama still boleh pakai then beli yang baru, boot bola tak hancur macam roti kirai lagi dah tukar yang lagi branded. Tapi aku tak kisah, sebab itu bukan duit akupun.
Tapi sekarang, pedih gila - baru tahu apa tu erti susah nak simpan duit secara bijak.
Semester pertama kat UiTM dipacu oleh elaun kerajaan sebanyak RM 1.7 K, disini - parents aku decide untuk membiarkan aku menguruskan kewangan sendiri, at the end of the semester, aku masih mempunyai duit yang cukup untuk dibawa ke semester seterusnya. Semester kedua menyaksikan penambahan elaun lagi sebanyak RM 1.5 K, but dengan bilangan subjek yang bertambah, yuran pengajian yang perlu dibayar sendiri (noticed that semester pertama masih ditanggung ayah) dan juga kos sara hidup tinggi di Perindu (kewujudan kafeteria dan koperasi) membuatkan aku agak pening untuk mengimbangi kewangan.
Semester kedua tamat dan total money left dalam kira-kira RM 800, semuanya disebabkan yuran pengajian, dan buku-buku, plus bahan-bahan assignment dan banyak lagi. Ujian tidak berakhir disitu, ketika trip Abg Nezam Crew ke Pangkor aku membelanjakan RM400 menjadikan baki hang in the balance. Tapi ayah cakap, at least aku managed simpan dengan baik compare dengan some kawan-kawan aku yang habis terus duit elaun diorang. So, dengan RM400 tu la aku mulakan hidup aku sebagai pekerja, dan ayah aku decide untuk meneruskan cabaran menyimpan duit itu sampailah sekarang and guess what, dengan subjek akaun dan ekonomi, aku masih bertahan.
Gaji pertama agak goyang sikit pasal henset lama dah rosak (sebab kena campak selalu kot), so, kena tukarlah nampaknye - tapi jangan risau, henset yang aku beli itu bukanlah expenses tapi itu sebenarnya aset. Masuk bulan kedua aku cuba balancekan balik dan alhamdulillah aku berjaya menyimpan 3/4, same thing goes to bulan ketiga dan sekarang ni tengah tunggu yang keempat sebelum resign. Macam yang Hafiz cakap "Kau, lepas dapat gaji terus belah..". Nak buat macam mana En. Hafiz oiii, lepas raya je terus masuk UiTM balik.
Apa yang membuatkan aku berjaya mengumpul 3/4, pau staff lain? OT? kipas bos? Semuanya tak, inilah hasilnya hidup berjimat, kena kedekut dengan diri sendiri baru boleh success, tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan - jangan kedekut dengan family terutamanya parents, sebab diorang dah banyak support kita sejak kita belum lahir lagi. Baru aku faham, kenapa ayah jarang tukar baju baru, tak pernah tukar henset. Inilah doktrinnya, biar kedekut dengan diri sendiri - sebab, kebajikan keluarga dia tak pernah abai - makan minum kami terjaga, bil internet, elektrik, air cukup bayar dan banyak lagi.
Tapi, kenapa aku cakap aku agak susah berbanding adik beradik aku - sebab ayah cakap aku dah ada gaji, so use it well.
p/s : kalau dulu waktu bulan puasa, yang kekadang takde kat meja ialah ayah aku, sekarang ni aku pulak yang jarang ada..sob3x, macam En.Hafiz kata "Inilah realiti bekerja.."
tak ada duit susah ada duit pun susah ;)
ReplyDeletehttp://kurakutango.blogspot.com/
tu la pasalnye..susah nak fikir ni
ReplyDeleteBila baca penulisan nie berulang kali... saya jadi
ReplyDeletehormat dengan pendirian awak... tak keterlaluan
saya kata, walaupun banyak blogger kita dah semakin kurang sopan..
tapi awak tetap dengan pendirian awak yg sederhana..
dari peminat blog awak ;)
Also visit my site Affiliate Percuma