Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya sebuah event wajib Onyx dalam bulan Ramadhan iaitu Majlis Iftar. Tengok link ni eh untuk baca cerita Iftar 2011 waktu aku part-timer kat situ dulu. Sekarang ni aku join as student attachment pulak, haha kira naik satu rank ni..hii (err, naik ke turun? bila part time dapat gaji, time attachment dapat elaun..huu)
Hari ni tak balik cam biasa, selalunya pukul 4.45 dah blah..pukul 6.20 lagi ada tercongok kat office sambil layan movie Windtalker. Pukul 6.30, aku, En. Hisyam dengan staf from PCSB, En. Gani pun bertolak ke venue iftar tu..
dan venue iftar ini berlangsung di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur..nice-nice, event ni organized by Onyx disertai dengan staff-staff Onyx from Kuala Lumpur, Batu Caves dan juga client-client Onyx.
Sekitar pukul 7 petang, mula-mula agak keseorangan jugak lah sebab kat KL ni takde pun colleagues yang aku rapat as compare time Iftar 2011 dulu, ada Hafiz, Safuan, etc. Sekarang ni susah sikit lah since majoriti staf kat Onyx KL adalah wanita..hii
Tak ramai pun yang aku kenal sebenarnya..haha, biasalah dah nak dekat dua tahun kot aku leave company ni..Setengah jam before berbuka, Onyx's Intern, Imad pun datang dengan Biostratex's Intern, Aiman..since umur diorang pun lebih kurang aku (23-24), kitorang pun jadilah rapat..:-p
En.Gani from PETRONAS Exploration dan En. Ramli, Onyx's Business Advisor
KLCC from Temptations (nama restaurant tadi..)
10 minit before berbuka, aku, Imad and Aiman pun amik makanan dulu bersama jemputan- jemputan yang lain since temanya buffet pulak kali ni.
Kelihatan meja-meja lain pun penuh jugak..tatkala azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka, maka hari ke 15 Ramadhan kami pun success..
Yang pakai baju kotak-kotak tu namanya Imad, yang sorang lagi tu Aiman - dua-dua student UTP and dalam internship selama 6 bulan bersama company masing-masing, aku je sesat attachment 7 minggu je..haha, memang lah - aku ni student Management, diorang tu Engineering..disiplin lain-lain maa..
Aku bersama En. Esyam, Project Manager Data Management Onyx..dari awal aku masuk Onyx 2 tahun lepas sampailah sekarang, kat dialah sumber resources and kawan nak bercakap kat office..:-)
Lepas makan sikit, kami solat Maghrib and sambung makan, memang senak jugaklah..tambah pulak pakai baju slim fit aku tu, memang cover perut jugaklah tadi...:-p
Sekitar 9.30, kami pun beransur pulang bersama jemputan-jemputan lain..esok Onyx kerja walaupun Nuzul Quran..:-)
No comments:
Post a Comment