Monday, May 30, 2011

Kisah AKU n Topik Hari Ini : The Comparison Between Malaysian and the Roman

Hari ini aku terpanggil untuk membuat satu perbandingan diantara rakyat Malaysia dan juga the people of Roman Empire. Why?, ini disebabkan setelah aku terliti, 2 subjek ini mempunyai persamaan dalam bidang-bidang tertentu dan juga perbezaan yang tersendiri. So, mari kita pergi ke perbezaan subjek-subjek ini dulu.

First, didalam terma kekeluargaan - anak lelaki didalam sesebuah keluarga Roman dilarang mempunyai harta personal yang tersendiri - estate, rumah, walaupun selepas berkahwin, mereka hanya dapat memiliki semua itu only after ayah diorang mati. Tetapi di Malaysia, anak lelaki bebas mengambil harta orang tuanya walaupun mereka masih hidup.

Second, didalam pendidikan. Kanak-kanak Roman mula belajar diusia 7 tahun, tiada tadika seperti di Malaysia, hanya tutor.

Di Malaysia, kita ada institusi pendidikan awam dan swasta. Tetapi, jika kita hidup waktu zaman Empyar Rome, cuma ada sistem pendidikan swasta- dimana hanya yang mampu sahaja boleh menghantar anak-anka mereka ke sekolah.

Third, dari segi pakaian. orang Roman percaya yang status mereka terletak pada pakaian. Lagi hebat dan grand cara pemakaian sesorang tu, ia melambangkan taraf hidup dan status mereka dalam society, dan semua orang mematuhi etika pemakaian ini. Tetapi, di Malaysia, susah nak bezakan, penyamun pun pakai smart-smart. Perempuan pula, jika anda hidup waktu zaman Rome, ada sesuatu jenis pakaian yang melambangkan status anda - samada sudah berkahwin atau tidak, iaitu stola. Stola ialah simbol perkahwinan bagi masyarakat Roman. Kat Malaysia, takde pun suruh pakai-pakai macam tu, patutlah isteri orang pun ada yang kena kebas kat Malaysia ni..lol

Finally, ketika zaman empayar Rome, maharaja ialah style setter - contohnya Emperor Nero memperkenalkan rambut curly dan sideburn yang panjang dan itu menjadi ikutan lelaki Roman ketika itu.

Ada sesiapa kat Malaysia ni nak follow style Datuk Seri Najib??

Okayh, mari kita pergi bergerak ke persamaan orang Malaysia dan Roman pulak.

First, Rumah - Orang Roman di Rome banyak mendirikan apartment-apartment untuk mengatasi masalah ruang di bandar raya itu.

Di Kuala Lumpur, banyak juga apartment dan bangunan pencakar langit yang selalu timbul.

Untuk golongan Roman yang kaya, mereka biasanya tinggal di villa mewah, dipenuhi dengan taman, kolam dan juga dinding besar yang memisahkan mereka dengan kehidupan awam yang sesak. Sama lah macam kita, golongan kaya for example, menteri, datuk-datuk dan juga yang sewaktu dengannya, juga suka duduk kat rumah-rumah macam ni.

Second, Makanan - Persamaan ini ketara jugak, orang Roman dan Malaysia memang suka makan.

Malaysia mempunyai banyak jenis hidangan kerana populasinya yang berbilang kaum dan juga amat menikmati makanan , Roman pula memang tak dapat disangkal lagi akan ketaksuban diorang dengan makanan - malah, resipi mereka itu kekal hingga sekarang.

Orang Rome yang kaya-kaya akan makan sambil berbaring, dilayani oleh hamba-hamba mereka, kat Malaysia, makan berbaring atas sofa sambil tengok EPL pun ada jugak..hi3x

Finally, Hiburan - ini memang persamaan yang paling best dalam topik kita hari ini. The Roman memang terkenal dengan sikap mereka yang sukakan hiburan - Gladiator, Theater, Sport, Tavern, Gossip, Circus, Public Lectures..itu semuanya berasal daripada diorang. Tempat mandi awam, colliseum, restaurant dan banyak lagi tempat yang orang Rome boleh melepak bersama-sama berkongsi gossip terbaru.

Di Malaysia, sama juga cuma ada sikit lainnya. Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan macam-macam lagi - hiburan untuk rakyat Malaysia. Restoran mamak - tempat tengok EPL match, sembang politik. Panggung wayang - kita takde Coliseum, tapi kita ada Panggung Coliseum..ha3x... It's all about amusement!!

In a nutshell, kita orang Malaysia, ada la jugak persamaan dengan orang Roman tu..agak-agak dah sampai Itali nanti, buat-buat la mengaku ada sedare kat sana..

2 comments:

  1. Very well written and like all the hidden message if you read carefully, keep up the great work.

    ReplyDelete
  2. it's just a simple observation..

    ReplyDelete