VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion -menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.
“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.
Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters
ni ialah artikel yang aku ekstrak from harian metro semalam..so topik kita hari ni.SIMPLE.
Betulkah perempuan suka lelaki jenis macam kura-kura ni??
"ataupun"
,ianya sekadar kajian yang skopnya tediri daripada orang-orang disebelah barat?
,bagaimana pula dengan frasa - senyum itu sedekah?
,kalau asyik termenung selalu orang kata tak betul and ada masalah mental.
Subjek kita hari ini ialah Lelaki Pemalu. Siapakah mereka ni??, How can we recognize them??
Apa-apa pun untuk kita tahu siapa dan apa diorang ni, ianya melalui sifat mereka. lelaki pemalu biasanya tiada dan kurang keyakinan diri yang teguh, jauh disudut hati diorang, ada benda yang diorang nak buat tapi ada satu perasaan yang mengatasi kesemuanya. Bila kita bergerak ke topik kita hari ini : lelaki pemalu dan perempuan. bagi lelaki jenis kasanova and playboy, piece of cake, tapi bagi si pemalu ni, this is a total problem. senang je nak detect lelaki macam ni - first, diorang ni akan sedaya upaya avoid untuk bergaul dengan orang terutamanya dengan perempuan - sesetengah orang melabel orang pemalu sebagai anti christ..eh silap, anti sosial.
satu lagi sifat - gugup. kau bagi la macam-macam benda untuk diorang buat- even the simple one pun diorang akan buat dengan perasaan penuh nervous tapi lama-kelamaan mereka dapatlah cope and overcome benda tu, but, in term of relationship pulak, yang ni akan ambil masa yang lama sedikit.sebab..
lelaki pemalu amat menyedihkan dalam hal percintaan..dah nama pun pemalu, macam mana la nak luahkan perasaan kat orang yang tercinta, akhirnya mereka akan pendam dan surrender. kalau sampai tua macam ni tak kahwin la diorang ni ataupun tunggu pilihan ibubapa..lebih afdhal kata mereka(cover la tu..)
finally, lelaki pemalu kekadang susah jugak kalau dalam daily life , contoh nak naik public transport - dia lagi rela terlepas train, kalau dia tengok train tu dah padat dengan orang- lagi-lagi bila dia sedar pintu train tu nak tutup(terlambat)- kalau tak sempat masuk segan dibuatnya- banyak mata yang tengok adegan filem ni.ada seorang tu, nak keluar office nak balik rumah pun ambik masa 5 minit untuk tarik nafas panjang-panjang then baru keluar, betapa nipisnya muka dia ni..
in conclusion, lelaki pemalu kenalah memecahkan tembok yang selama ni menghalang kehidupan normal mereka supaya hidup akan jadi lebih lengkap dan ceria..
p/s : semua example itu based on my experience - macam mana aku tau??, mestilah aku tau pasal aku ni pemalu orangnya - analisis.
*kesemua gambar dari belas ihsan atuk google..
tak jugak. kalau kita pemalu, kita tak boleh nak express diri kita yang sebenarnya or perasaan kita. ;)
ReplyDeleteMy latest entry : Kucing Tidur Mati Yang Comel
ini semua based on my experience..not general..:-)
ReplyDelete