Tuesday, May 24, 2011

Kisah AKU n Ikhlas Part 2

sambungan tragedi cinta yang diambil daripada blog kawan aku,cik adibah husna.. jenguk-jenguk la blog dia ek, takut korang terpinga-pinga pulak baca cerita ni - tajuk entri : ikhlas..

link blog dia > http://iwishimyours.blogspot.com

cik diba ni ekstrak cerita ini from blog kawan dia, tapi, yang part 2 ni, aku reka-reka sendiri..selamat membaca.:-)

Perang! Sekali lagi kedua-dua buah empayar ini tersepit didalam kancah peperangan. Tidak sampai setahun perjanjian damai dimeterai, ketidakpuasan hati pihak yang kalah didalam pertempuran sebelumnya menjadi punca api peperangan ini. Pihak musuh mempertaruhkan segalanya kali ini, usaha peperangan digandakan, jumlah tentera menjadi semakin ramai begitu juga pengeluaran senjata.

Di stesen kereta api yang sama, si jejaka sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya, jika dahulunya dia terselamat, tapi, kali ini, tiadalah akan ketahuan nasibnya. Dia berpesan kepada kekasihnya
“andai rohku terpisah dari jasad, janganlah ditangisi pemergianku sayang..”
Maka berderailah air mata si gadis itu. Saat hon kereta api dibunyikan, si jejaka memetik setangkai bunga ros merah, disanggulkannya di rambut sang kekasihnya itu
“jagalah ia, maka ingatlah kamu akanku..”
Saat kereta api bergerak meninggalkan stesen, menangislah si gadis bersama tangisan ribuan lagi wanita yang hadir member penghormatan “terakhir” kepada pasangan masing-masing. Masih ingat lagi dirinya akan surat yang dihantar oleh pegawai pemerintah – misi membunuh diri.

Adapun si jejaka dihantar ke suatu bandar yang maha penting, kepungan musuh sudah pun berlangsung selama beberapa bulan, akan tetapi, tidaklah berjaya diratah penceroboh bangsa. Bunga ros merah pemberian si jejaka dijaga dengan cermat, diairi dengan air agar kekal segar. Tiba-tiba, terlihatlah akan mata si gadis poster propaganda yang memerlukan peranan wanita di medan perang sebagai jururawat tentera. Lalu, disertainya dengan beberapa rakan sekolah yang lain – harapannya agar dapat bertemu dengan si jejaka yang tiadalah ketahui nasibnya. Takdir tuhan, kereta api yang membawa si gadis itu destinasinya ialah di bandar yang dipertahankan sang jejaka.

Jeneral musuh yang sudah mati akal, mengarahkan serangan besar-besaran dilancar keatas pertahanan pejuang bangsa yang sudah lumpuh dek kerana serangan bertubi-tubi. Malam itu, dentuman artileri, disusuli dengan jet pejuang yang menggugurkan bom untuk melunturkan semangat patriot negara. Senyap. Adakah kegilaan ini sudah berakhir getus hati mereka yang terselamat?

Si gadis dan beberapa jururawat tentera diarahkan untuk mencari dan membawa pulang tentera dan orang awam yang tercedera. Akan tetapi, tiba-tiba, kolum serangan utama musuh dikepalai kereta kebal dan infantri merempuh pertahanan bandar. Panik, pada hemat mereka, ianya sudah berakhir, akan tetapi, ianya bakal menjadi lebih teruk. Terkejut. Cuba dibalasnya akan tetapi, sangatlah dasyhat serangan itu, patriot negara tiadalah berundur walaupun seinci, tiadalah gentar mereka akan musuh itu, akan tetapi, si durjana tiada jualah ia berhenti, malah, tanpa belas kasihan membunuh siapa yang menghalang laluannya.

Si gadis. Hendak berpatah balik, manakan sempat kiranya. Maka, dia pun teruslah maju kehadapan mengibar panji empayar. Tiba-tiba, terpandanglah ia susuk tubuh yang amat dikenalinya – bersandar sambil memegang dadanya yang berdarah. Si jejaka, seakan wujud tarikan magnet, pun terpandanglah jua ros merah dikepala si gadis – gadisku. Tersangatlah gembira lelaki itu sehingga terlupa sakit yang ditanggung. Kedua mereka saling merapati dan tiba-tiba terlihatlah mata si lelaki akan tentera musuh durjana yang mara kearah mereka

Teringatlah akan kekejaman yang dilakukan musuh, setiap yang bernyawa akan dibunuh-malah haiwan juga.Bencinya mereka terhadap empayar ini sangatlah dasyhat. Disuruhnya si gadis lari meninggalkan dirinya, tiadalah mau hati si gadis-baru berjumpa barang seminit dua, disuruhnya pergi pula. Si jejaka, dengan saki baki kudrat yang ada, dicapainya pistol yang terselit dipinggangnya – sedia menghantar musuh celaka ke neraka. Saat itu, terlihatlah ia akan wajah buruk dan bengis musuh yang berlari kearah mereka dengan bayonet siap dipasang – mahu ditikam agar seksa.
Ditembaknya satu persatu akan musuh yang mara, “jangan dekati gadisku in!” teriaknya. Katrij yang kosong, diisi sampailah habis kesemuanya, akan tetapi tiadalah putus-putus gerombolan penceroboh itu. Sesampainya mereka, ditikamnya sang jejaka – tapi tiadalah mati lagi. Si gadis melihatkan akan keadaan itu, cuba merapati kekasihnya, habis ditikam juga. Maka terbaringlah mereka berdua menghabiskan sisa hayat yang tinggal.

Selang beberapa belas tahun kemudian, pasukan arkeologi negara yang sudah berubah menjadi moden itu yang sedang menjalankan kajian dikawasan itu. Diperiksa setiap runtuhan-runtuhan bangunan-mahu dijadikan kawasan bersejarah-simbol penentangan negara itu menentang penceroboh. Maka terperanjatlah mereka menemukan dua rangka manusia lengkap beruniform- seorang tentera dan juga seorang jururawat, mengenggam erat jari-jemari sambil dengan sekuntum bunga ros merah yang masih segar.


p/s: cinta itu sangat indah..title post aku ni lain kan dengan jalan ceritanya..

3 comments:

  1. waa,ad bakat jad penulis cite upenye..hehe,thnks la sbb smbungkn,:D

    ReplyDelete
  2. boring-boring kat ofis ni xde keje nk buat..so, tu la yg dtg ilham menulis..ha3x

    ReplyDelete
  3. haha,oh,keje ke..tp okay la cite,xde la mengarut,haha

    ReplyDelete