Korang rasa, mana satu yang lagi best, jadi student or pekerja. So, hari ini, aku nak compare kan life aku semenjak menjadi seorang worker ni. Honestly, kekadang rindu juga nak belajar, tapi lama lagi nak kena tunggu, aiii, bulan 9 cepat la sikit..
Student
1.Contract act 1950, federal constitution, penal code, law of tort, criminal law and banyak lagi yang patut khatam.
2.Dengan menjadi seorang student banyak juga aktiviti kelas dan luar kelas yang kita dapat buat, contohnya, debat, speech, forum dan lain-lain
3.Ada examination, task, and test.
4.Ada kawan-kawan yang ramai dan jugak semuanya didalam julat umur yang sama.
5.From that, ada banyak masa boleh diluangkan. Contohnya , hang out, makan sama-sama
6.Dapat b’facebook dalam kelas.
7.Rawang, shah alam, fakulti undang-undang, dataran cendekia, p1213 - macam dah takde tempat lain.
8.Waktu jadi student, tak leh bawa kereta.
9.Ada elaun from bank islam
10.And finally, ada masa untuk study. Mungkin korang kata aku ni poyo, tapi, itulah kebenarannya, aku tak suka study mathematic, tapi lebih gemar buka Wikipedia...err..Study laa tu..
Employee
1.Hantar tender, reformat invoice, edit proposal and contract, photocopy, buat proposal order, and finally learning Microsoft office skills, nasib baik aku dapat kerja ni, at least, banyak juga yang aku dah tau pasal advanced Microsoft Office.
2.Menghadap computer sepanjang office hour , ada kerja ke, takde kerja..sama je semua..kat situ je la, nak keluar merayau-rayau segan pulak.. apa la pulak diorang kata nanti, makan gaji buta la budak ni..
3.Rakan sekerja semuanya berumur 25 tahun keatas, semua bajet tak sedar pun “budak hingusan” macam aku ni ada kat office. Susah nak cari kawan nak teman lunch kat sini..
4.Kawan tak ramai and mostly, berumur..kebanyakan aktiviti dilakukan sendirian contohnya - solat, breakfast, lunch
5.Dulu waktu sekolah, jarang nak hang out kat KL, tapi sekarang, macam dah muak dengan KL ni..
6.KLCC..takde sebab kenapa aku tak suka tengok “kau” hari-hari.
7.Sekarang ni la time aku nak melenjan kereta nissan 80s ni..actually, drive sampai bukit sentosa je, xde laa sampai kl pun..dulu aku anti gila dengan kereta ni, siap pernah tanya mak lagi.."kenapa tak ambik abang pakai waja..karang rosak tengah jalan kereta ni, abang tak nak tolak.." tapi sekarang, sejak "beliau" memainkan peranan penting waktu aku nak ambik lesen tahun lepas, aku sayang "beliau" ni..meyh, jom papa mandikan..
8.Nak log in facebook, sangat segan, dah la tak banyak kerja, lepas tu macam nak tunjuk laa kat semua orang..”woii, aku take kerja ni, jangan jeles...”
9.Gaji..err, gambar duit kat atas ni belas ihsan from atuk google yerp..
10.Finally, macam no 10 for student..aku still ada peluang study. Mengelakkan kebosanan yang terlampau dek tak banyak kerja, Wikipedia menjadi tatapan harian plus contract act 1950 yang dulunya tak berconteng pun, sekarang ni dah macam-macam inskripsi aku catit(semuanya untuk tunjuk rajin depan kawan-kawan sekerja)
Conclusion: kedua-duanya best and bagi pengalaman baru kat aku..
No comments:
Post a Comment