Saturday, May 14, 2011

Kisah AKU n Miss “X”

Jarang aku gunakan blog sebagai platform untuk meluahkan perasaan, tetapi hari ini tak tahu la kenapa jiwa raga ini begitu sentimental sangat, diiringi lagu Without You, Bila Cinta, Sedetik Lebih dan simfoni Schindler List, maka aku pun menaip entri luahan hati ini, terus-terang, ianya membuatkan air mata yang mahal dan jarang jatuh ni hampir menitis dek kerana isinya yang begitu mendalam dan bermakna sekali..
p/s: bahasa yang akan digunakan sangat baku dan purba..

Adapun kisahnya bermula semalam, ketika aku menunggu ayahku di KLCC, aku telahpun siap menunaikan tanggungjawabku untuk Onyx pada pukul 5.00, tetapi, ayahku mempunyai kerja yang banyak juga dan berkata kepadaku yang beliau akan keluar pukul 6.30 petang. Perut sudah terasa lapar kerana tidak diisi ketika lunchtime, jadi, melihatkan keadaan itu, aku mengambil keputusan untuk ke McDonald dan membelil sedikit makanan untuk menambah tenaga, akupun makan la kat Taman KLCC, sambil memerhati gelagat manusia, dari situ, aku melihatlah sungguh ramai pasangan-pasangan yang hangat bercinta – suami-isteri, remaja-remaja dan malah budak sekolah. Pada mulanya, hati ini tiadalah kisah sangat akan fenomena ini, disebabkan sudah biasa pun melihatnya dimana-mana, akan tetapi, lagi lama jasad ini duduk berseorangan ditemani handphone yang sentiasa senyap walaupun bukan di silentkan, terasa sayu dihati..

Ketika itu, hati ini mula terdetik, sudah lama sangat ianya kosong, bersarang, tanpa cinta seorang wanita didalamnya. Kira-kira hampir dua tahun lamanya aku telah menamatkan hubungan dengan seseorang yang aku pun sudah tidak kisah akan perihal hidupnya sekarang, tidak ku sangka sudah lama rupanya aku menjadi duda. Dengan jam yang baru menunjukkan pukul 6.00, hati ini bergerak ke lagi satu stage, iaitu, analisis. Ya, tidak dapat disangkal lagi, sifat lelaki seperti ini – pemalu, takut ditolak ; tidak akan pernah membawa kejayaan, bagaimana mahu bercinta, kalau hati takut menerima reality. Sakit ditolak memang dasyhat, tapi, apa salahnya mencuba, takut-takut ada peluang. Hati ini berdebat lagi, “jangan Farid! , aku tidak boleh menerimanya”, getus hati..minda pula mencelah, “Farid, cubalah,tidak akan rugi pun.Maka, mata berkata, Farid, kau telah menatapnya berbanyak-banyak kali, di facebook, malah mengintai ketika di university dulu, aku tidak mau kau terus begini.” Mulut pula bermadah, “Ya, betul kata mata itu, kau telah menyanyikan sesuatu untuknya, itu menunjukkan betapa hebatnya cinta kau kepadanya.” Barang sesaat kemudian, tangan berhujah, “tangan ini sudah cukup kecewa apabila rantai yang kau belikan tidak sempat diberi, malah, aku merasakan pedihnya Farid!”, kaki bersetuju, “Ya, jadi sia-sia sajalah aku melangkah untuk membeli rantai itu”..Akhirnya, otak dan akal;penghulu segala organ bertitah , “Ayuh Farid, sudah cukup aku menyimpan memori ini, pergilah…”

Sangat tidak kuduga, keputusan aku untuk menempel di ASASIAN CHATROOM ketika diawal semester dua hari tu, membawa kesan yang sangat mendalam sampai ke hari ini. Saat diri merasa bosan, jari menaip “just another Saturday night” , melambangkan hari sabtu yang tipikal di uitm, selang beberapa saat, seorang gadis membalas “macam iklan lemon tea”-tidak silap aku lah. Tidak la pula aku membalasnya, kerana padaku jarang seorang gadis akan membalas message ku, paling tidak, cuma smiley . Kemudiaanya, aku terlihat friend request- “ohh, gadis tadi rupanya.” Itulah permulaanya, tidak pasti jika si dia masih mengingati benda yang sama. Chatting? jarang benar kami berbual..Kenapakah?, segan nya diri ini ada kah siapa dapat menghalangnya..Sampai lah sehingga ke akhir program asasi pun, tiadalah jua aku mengambil langkah terhadap si dia ini, memang ada tapi tidaklah berjaya, mata yang mengintai disebalik kekecohan pada malam gala asasi dan juga ketika gegak gempita hari terakhir peperiksaan asasi..”Sudahlah Farid, tiadalah sempat kami berjumpa dengannya, gertak jasadku”.

Pada dua malam terakhirku di uitm, adalah sempat juga kami berchatting, hanya memberitahu bahawa dia akan pulang pada keesokan harinya. “Ya, sempat lagi ni”getus hati, esoknya aku dan beberapa teman seperjuangan ku keluar bersama-sama. Disaat kami semua berpecah membeli hadiah untuk ditukar pada hari terakhir nanti, aku sibuk mencari cenderahati untuk diberikan kepada si dia- seutas rantai. Maka rantai itu dimasukkan kedalam kotak dan dibalut dengan cermat, “akanku berikan kepadanya esok,insyallah.” mulut berkata. Siapalah yang dapat melawan takdir Allah, tidak sempatlah juga aku berjumpanya dengannya dek kerana wifi yang sudah dimatikan pihak kolej, nombornya? manalah aku ada. Kotak itu dengan berhati-hati, aku masukkan ke dalam beg..”kalau dipertemukan sekali lagi, tiadalah rugi rasanya, pasti akanku berikannya..”

Sekarang, memang terasa untuk bertemu dengannya, akan tetapi..hati ini tidak bersedia..”sibuk!, sangat sibuk sekarang, keluar diawal pagi, pulang malam, manakan sempat kiranya.” Kerjalah dahulu, maka bakal dapatlah habuannya nanti, ketika itu barulah hati ini senang bertemu dengan gadis idaman..tidakkah begitu wahai anak muda??”. Dahulu, aku berfikir, jodoh ditangan tuhan.. buat apa membuang masa menyintai gadis yang belum tentunya jodoh kita lagi..tetapi, baru ku sedari, sekali menyinta, akan kita korbankan segala jiwa dan raganya untuk pasangan kita. Kalau hati ini masih lagi seperti dahulu barang lima ke enam tahun yang akan datang, maka, ibu tolongkan cari pasangan untuk anakmu ini.

Kepada si dia, andai dirimu membaca luahan hati ini, jika menolak janganlah menjauhi diriku.

With Love
Muhammad Farid B. Abd Gani

p/s : komen dan cadangan dialu-alukan..

7 comments:

  1. huhu..sabar2...
    btw..hai...slm perkenalan.jumpa kt innit td. :)

    ReplyDelete
  2. sabar??..erm, patience is my middle name..ha3x, ohhh, salam p'kenalan jgk..

    ReplyDelete
  3. ehem. apa lagi fred. kasi je la tau. insyaallah ok punya. kita sokong dari belakang :)

    ReplyDelete
  4. aku tak tau..aku takut..sangat takut!!

    ReplyDelete
  5. farid.. if you think she is the one, GO FOR IT !

    ReplyDelete
  6. no..i thought i'm in the right track..but, actually, it's not..

    ReplyDelete