Saturday, November 12, 2011

Kisah AKU n How To Success in History Paper

Sejarah - subjek fevret dari kecik sampai mati. Kenapa baru sekarang aku nak menulis pasal subjek ni - sebab baru-baru ni ada budak SPM yang tanya kat aku, penting tak subjek Sejarah ni kalau nak sambung Law and macam mana nak berjaya dalam subjek ni.

Untuk menjawab pertanyaan pertama - Sejarah dan Undang-Undang. Tak dinafikan untuk berjaya dalam law paper, pembacaan penuh teliti mesti ada pada setiap inci pelajar tu. You must be able to read a number of cases and statutes to the fullest, bukan sahaja baca, but faham dan tahu aplikasi ia. So, pelajar yang suka belajar Sejarah. score kat paper ni - aku assume sebagai seorang yang suka membaca and actually, it's just like a bonus for them. Pasal ada je kawan aku yang dapat B+ for SPM dapat masuk law.

Soalan yang kedua, how to success in this paper? (Dari pengalaman sendiri)

Basically, pembacaan membuta tuli tak cukup. First, dapatkan minat. Identify your interest in history - Let say you all sangat suka belajar pasal Empayar Rom, so - jangan sia-siakan minat tu - terus baca dan kaji dengan lebih mendalam. Percayalah, sejarah ni kalau dikupas lagi dalam akan bawa dua possibilities - either it fun or deadly.

Second - cuba letakkan diri korang dalam situasi. For example, zaman Empayar Rom lagi sekali. Dalam Form 4, tak silap aku kita didedahkan dengan a various of sistem pemerintahan didalam Tamadun Rom. They adopted oligarki, republik, diktatorship, empayar and monarki, right? So, sebagai contoh republik, masukkan diri anda sebagai seorang konsul didalam Senat Rom dan cuba berdialog dengan Caesar. Cubalah, serius korang akan lebih faham..cuba untuk berdialog dengan buku, sebab itu aku cadangkan beli buku sejarah berbentuk komik.

Third - debat. Ada yang korang tak puas hati pasal sejarah, komen je jangan biarkan ia didalam hati. Contoh, dulu aku tak sokong Cobbold Commission (referendum untuk melihat komen penduduk tentang penubuhan Malaysia) atas alasan jika penduduk Sabah dan Sarawak masuk kedalam gagasan Persekutuan Malaysia, banyak dana dari negeri Semenanjung akan dikeluarkan untuk cover area yang luas disana. But, buku lawan balik - and they say dengan pencantuman Sabah and Sarawak - kita akan dapat sumber hasil hutan dan petroleum disamping tenaga kerja..See, from that, automatik kita akan jadi lebih faham.

Fourth - selalu keep in touch with cikgu sejarah korang. Tanya dia jika tak faham, dulu aku ada satu tabiat yang kawan and family aku tak suka and aku pun realized ianya tak bagi faedah pun. Apa benda tu Farid? Kat sekolah, aku selalu tanya cikgu aku soalan merepek, yang takde kaitan dengan silibus pun, actually that's the bad point - nak tunjuk power. Jangan macam ni ye kawan-kawan, tak baik tau. Contoh soalan - "Cikgu, Nelson Column kat Trafalgar Square tu dibina untuk memperingati Admiral Horatio Nelson dalam Battle of Trafalgar kan??" Sebenarnya aku dah tau pun jawapan dia - kejam gilee kan perangai...

Finally, take action. Huh? Apakah? Maksud aku, tips yang aku bagi ni make sure korang buatlah jangan dok nganga je - bukannya ilmu tu masuk ikut mulut pun..

In conclusion, kalau tak mau jadi jugak rebus je la buku tu buat minum, nak sedap lagi tambah cappucino sikit.

2 comments: