Sunday, November 6, 2011

Kisah AKU n Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua pembaca blog ni - seperti yang dijanjikan tadi, aku try untuk update apa aktiviti yang aku and family lakukan pada hari yang mulia ni. Bangun je pagi pukul 0800 pagi tadi terus bersiap ke Masjid Al-Ikhlas, Cemperaisari..as usual juga seperti tahun lepas, aku jadi driver, kekoknya dah hampir 2 bulan tak drive kereta manual..

Lepas khutbah, terus chow balik rumah and tengok TV jap (serius candid gambar kat atas ni..)

Juadah tahun ni - nasi minyak, lemang and lauk fevret, ayam masak merah mak aku..hu3x, very delicious (siapa nak jadi bini aku wajib tau resepi ni..serius kena), slurpp..

Mak n ayah, En.Gani dah ready nak menyembelih nampaknya..sory ye ayah, tahun ni terasa malas pulak nak join..hu3x. Melihatkan air muka ibu yang tampak gembira dan riang bila melihat 3 orang anaknya berkumpul makan bersama-sama setelah hampir 2 bulan tak bersama..sob3x

With Bro Faris, err..mana Along ek??

eh..ada pun, bila masa pulak kau belajar pakai tudung camni.

dah petang, main badminton pulak..main pukul-pukul je, rasa gian la pulak tadi.


Tengah sedap-sedap main, nampak kereta-kereta yang familiar parking depan rumah..huh, Acik Pendi, Acik Joe n Acik Man - eh, opah pun ada jugak..

Di sebalik lorong belakang rumah nilah, aku mengasah bakat bermain badminton. Teringat waktu kecik-kecik dulu, lepas tengok Thomas Cup - mesti semangat berkobar-kobar gila main ngan Faris kat belakang rumah sampai bersepah-sepah bulu tangkis tersangkut kat rumah apek belakang tu..

ramai jugak sepupu-sepupu aku yang datang tadi, but cuma ni je gambar yang ada..

nak balik..

p/s: esok dengar cite ayah nak bawa kitorang g BBGC..hu3x, bestnya..

No comments:

Post a Comment