Untuk sambutan kali ni, aku memilih Plaza Shah Alam. Sebab? Entah.
KFC? Tak, sebab dah tukar dengan premis lain. So, my dad suggest Nando. I'm thinking - It should cost double expenses you know..But, he said, "Nah, your birthday son - I'll pay la.."
Family Platters. Aku pun tak faham sangat sebenarnya makan kat Nando ni, but it's pretty much like Kenny Roger Roaster but a lil bit complicated..kot.
Cik Darina - juga student UiTM but bukan kat Shah Alam, but at Kampus Bandar Melaka. Tak habis dok sembang pasal life dia kat sana. Err, sama la macam aku waktu masuk asasi dulu...hu3x, like sister, like brother eh?
Bro Faris - PMR result nak keluar 22.12 ni - mesti kau boleh score and kalahkan result aku and along punya.
Hu3x, sape ni?? Jangan cakap korang tak kenal. Budak loser yang tak dapat sambung law, but now happy with his performance kat FSPPP..In addition, our birthday boy.
Next stop - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Buat pe??
Potong kek rupanya, but kenapa kat sini?? (just curios)
Mereka ini sebahagian daripada tulang belakangku, tanpa mereka yang membantu dan menyokongku selama 19 tahun hidup didunia ini - siapalah aku sekarang.
Potong kek - aah, ni memang menyentuh perasaan betul.
Haa..korang ada?? - saya sayang ibu saya!!
Pukul 6.30 diorang hantar aku balik Perindu, di masa ni - aku nekad mahu memeluk ibu bapaku dan alhamdulillah tiada aral melintang dan aku berjaya mendapatkannya. Walaupun pelukan kasih seorang isteri kepada suaminya saat si suami memerlukannya, tidak bisa ia mengalahkan pelukan seorang ibu terhadap anaknya.
Hadiah daripada family yang tercinta - sehelai tali leher hitam (tie lagi..hu3x), wallet baru (yg lama dah terkoyak sikit..), dan frame gambar.
Keluarga itu satu anugerah, peliharai mereka - perbetulkan yang salah, jangan biarkan yang lalai terus terleka, hargai mereka sebelum terlambat. Jangan malu dengan mereka, kerana mereka itu tiada gantinya.
"Bila kita meletakkan family above all things, motivasimu hanya daripada mereka dan kejayaanmu hanya buat mereka." - ayat ni reka sendiri tau..
No comments:
Post a Comment