Ni je "bagasi" aku..
7.30 - Taklimat from Komander-Komander Kesatria sebelum bertolak, masa depan gelap aku pun bermula dengan pentauliahan sebagai Leader for Platoon 6.
9.00 - bas bergerak meninggalkan UiTM Shah Alam.
Pukul berapa entah, but probably ranging around 10.00-11.00. Seluruh Kompeni H singgah berehat di R&R Genting Sempah.
Lepas breakfast..damn, mahal betul kat sini.
Nak jugak join..life must be fair, right??
Diorang ni memang macam ni, lagi-lagi yang belah kanan tu..
darai??
Sebelum naik bas.
bersama Yasin Si Riang kat dalam bas..
Ok, setakat tu je gambar. Sebab aku memang tak keluar henset langsung kat base camp. Ada jugak dengar siswi yang kena maki dengan Komander sebab amik gambar. Oleh sebab itu, aku takde gambar sepanjang aktiviti. Harap maklum, but aku akan cerita secara ringkas perjalanan aktiviti 2 hari tu yerp..
Sedikit information tentang Platun 6 - gabungan siswa dan siswi FSPPP dan FUU, but mostly FUU. Membuatkan aku agak rendah diri, lagi-lagi jadi leader pulak tu. Macam mana nak approach -aku guna democratic ways, macam kita belajar ADS(quality), macam tu lah aku apply konsep TQ setting tu. Platun 6 dianggotai seramai 16 anggota - 3 siswa dan 13 siswi..
Sampai je tapak, aku rally Platun 6 - kat sini kena tegur dengan Komander sebab nervous waktu laporan (acceptable lagi..hu3x), dapat tengok Air Terjun Sungai Chamang yang kenikmatan air tak dapat nak tahan langsung. Naik khemah dan diajar memasak menggunakan mess tin, solid fuel dan juga cooking stand. Cuaca - Hujan.
Habis makan, sembahyang - cari tandas but takde air. So, we end up tak mandi malam tu. Dapat fresh news - Kompeni H digabungkan dengan Kompeni I, that's means Platun 6 menerima seramai 5 orang siswi. Totalled strength - 21, 3 siswa dan 18 siswi...and bukan itu sahaja - Platun 6 merupakan gabungan 3 fakulti - FSPPP,FUU dan FSSR. Petang tu jugak kami diajar cara-cara memasak telur didalam tanah, dan juga tepung lilit (first time uli tepung and jadi..hu3x)
Malam. Hell comes in. Laporan platun sangat fail untuk malam semalam. Komander, senyum tu saya admit tak boleh nak kontrol sebab saya selalu tersenyum (dapat gelaran Si Senyum, terima kasih Komander) but yang gigi tu agak sensitif. Mak saya cakap, saya waktu kecik ada masalah pertuturan, so basically position gigi tu ada kaitan dengan pertuturan saya. Let's proceed. Sangat down, but malam semalam memang best - ada malam kebudayaan, where we had our sketsa, cheers..and most important - the nightwalk. Seingat aku ada Komander yang sepak kaki aku semalam, siapa ek?? - how's our first night - bayangkan khemah 3-4 orang but heavily packed with 5 people, luckily kita ada scheduled sentry patrolling.
Pagi tadi - laporan platun macam biasa, ada peningkatan muka dah habis serius tadi but suara perlahan. Then, main "kaki". Entah, but game dia - korang kena angkat sebelah kaki then jatuhkan lawan korang yang buat benda yang sama. Kat sini, Komander Hanif tegur, platun aku agak agresif.
Breakfast, pastu tunjuk ajar survival hidup dalam hutan menggunakan sumber yang ada, buat jerat from Cikgu Tun Erman.
Petang, survival ketika berhadapan sungai dan jenis-jenis arus. Sangat best, sebab dapat jugak merasa air setelah hampir 2 hari tak mandi and guess what kerana terlampau seronok sangat - cermin mata aku terjatuh dalam sungai, nasib baik Yasin dapat jumpa kalau tak, memang macam orang buta la aku tadi..
Final part - runtuhkan khemah, sembahyang and makan. Ooops, terlupa pulak satu prank yang memang gila but acceptable tadi. Komander mengamuk sebab ada pelatih yang kutuk komander-komander lain, tak pasal-pasal aku kena panggil nama dengan beberapa orang yang "malang" tadi. Sumpah jatuh reputasi aku - tak pernah aku cakap belakang kat Komander, aku hormat diorang. Kalau ada Komander yang mintak tolong, aku akan cakap "At your service, Commander". Diorang cakap nak masukkan kami ni kat Kolam Pacat, waktu ni ramai siswi yang dah nangis. Down gila but then, komander-komander nyanyi lagu hari jadi kat kami yang kat depan ni. Ohh, rupa-rupanya diorang nak celebrate pelatih yang lahir dalam lingkungan bulan 11-12. Terharunya aku, but cara tu agak menakutkan ek?? whatever it was - thank you commander!!
Nak balik..tunggu bas.
Bas dah sampai..hu3x
Muka keletihan, walaupun 2 hari - lebih banyak ujian mental daripada fizikal dan kepada aku - plus with leadership skill. Nasib baik belajar ADS, I used full effect towards the "Employee Involvement and Empowerment" and " Unity of Purpose" which I really understand both of them. Lagi satu, dengan perkhemahan ni - I made a good relationship with several Komander Kesatria due to my service and deeds to them and guess what one of them - Komander Batch 45 from H Coy did ask me " Kenapa tak masuk Komander, banyak yang kau dapat belajar lagi.." Aku balas " Saya tak mampu Komander, suara saya perlahan - nervous, kelam kabut.. - "Saya pun macam awak jugak dulu.." Then, dia berlalu pergi meninggalkan aku yang kekaguman.
Bertolak dalam pukul 4.00 tak silap aku - then sampai Shah Alam around 7 o'clock. Hujan tadi, terlelap pulak tu - tau-tau terjaga dah masuk KL. Sejuk gila kot, aku pakai sweater - teringat pulak nostalgia waktu kerja dulu..hu3x
No comments:
Post a Comment