Supply box or personally known as "Kotak Keriangan" sejak zaman Asasi lagi..ha3x, gila skema nama dia. Dalam kotak ni tersimpan segala macam barang-barang yang diperlukan but mostly air kotak and maggi. But, guess what - apa yang tinggal dalam ni ialah satu peket Iced Lemon Tea dan jugak 3 bungkus Maggi. Aaahh, supply aku is running low..Mak!! Ayah!! Help me..abang malas nak keluar duit beli yang baru..
Buku akaun yang berkhidmat sejak aku start bekerja pada bulan 5 hari tu. Waah, banyak jasa beliau ni - sebab buku nilah aku berjaya menyimpan duit dengan baik. Dalam buku ni tersimpan pelan dan polisi kewangan aku untuk beberapa hari lagi sebelum semester satu menutup tirai, as well as daily expenses. So, ape je masalahnya. Semester 1 dijadual tamat pada 20.1.2012, iaitu hari terakhir peperiksaan. Maksudnya ada sebulan lagi sebelum aku berjaya menamatkan cabaran "Menyimpan Duit Dengan Bijak" oleh ayah aku. Here's the deal - aku tak apply PTPTN, and my father did challenge me to survive depending on my own money (from my salary at Onyx) and itu hanyalah untuk satu semester sahaja. Semester dua nanti beliau start tanggung aku balik (waah, tak sabarnya..). Sekarang ni, akaun bank aku still ada sekitar RM800, however - aku plan untuk simpan at least RM 600 that will be carry out for my second semester (rujuk buku akaun..err, korang tak yah la). But, boleh ke aku meneruskan hidup dengan RM 200 untuk bulan Disember-Januari ni, korang agak-agak camne, mampu?
Kotak apa ni?
Dalam kotak ni tersimpan sesuatu kenangan yang masih tak dapat aku lupakan. Walau dicuba berkali-kali tapi tidak mampu. Selalu sahaja teringat, selalu sahaja terlintas wajahnya didalam fikiranku, selalu sahaja bibir ni menutur namanya dengan tidak sengaja. Kotak hitam ini sepatutnya diserahkan kepada seseorang tapi hingga kini, aku masih tidak mampu memberikannya. Aku masih membawa kotak kecil ini walau dimana aku berada, tidak mahu kutinggalkannya dirumah, biarlah mataku masih mampu melihat kotak ini kerana ia simbol harapan yang tidak kesampaian dan mesti dilengkapkan. Apakah maksud kegilaan ini? Selagi aku tidak menyerahkan kotak kecil ini kepada seseorang, hatiku masih tidak mampu menerima seseorang seperti kamu.
That's all for today.
No comments:
Post a Comment