Jangan pernah salahkan diriku andai kita tidak ditakdirkan bersama, kerana kali ini kau yang memberikan dirimu harapan, bukan diriku.
Dulu, pada awal pertemuan kita - benar, kau dan yang lain menganggap dengan caraku yang hanya melayan seakan memberi dirimu cahaya disebalik perhubungan kita dan kemudiannya hasilnya - kosong.
Kini, aku berlagak biasa demi menjaga hubungan kita sebagai seorang teman - tak lebih, tetapi apakah maksud kata-katamu pula, yang aku anggap sebagai menyuluh didalam lorong gelap tak berpenghujung.
Percayalah, jika kita tak ditakdirkan bersama - bukan kau, tetapi aku yang difikirkan menyakiti hatimu.
Sudahlah, tolong ringankan bebanku ini.
No comments:
Post a Comment