Let us first go to memories, tahun 2011 dimulakan dengan satu kisah yang meruntuhkan moral aku. Pada Mac 2011, datuk kesayangan menghembuskan nafas yang terakhir. Sangat terkilan kerana tidak mampu menghadirkan diri pada hari pengebumiannya.
Pada bulan yang sama, aku berjaya menamatkan pengajian asasi undang-undang UiTM dengan jayanya.
Mei - Diterima bekerja di Onyx Engineering Sdn Bhd - salah satu kenangan yang paling manis tahun 2011. Banyak pengalaman baru aku belajar dengan bekerja, pengalaman yang hanya dapat bila korang dah kerja nanti. Dengan bekerja, ia membantu mengubah gayaku - daripada seorang yang tidak kisah akan penampilan kepada super formal. Bulan ini jugak, aku ditolak oleh seseorang gadis. Sedih siot rasanya, sampai sekarang aku dapat rasa sakit kena tolak.
June - Impian tidak kesampaian. Bulan kemurungan - MUET Band 3 and aku gagal menyambung Pengajian Undang-Undang ke peringkat ijazah.
July - Diserap masuk ke Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, permulaan yang agak sukar tetapi alhamdulillah aku berjaya menyesuaikan diri.
August - Menamatkan zaman pekerjaan di Onyx dan kembali bersiap untuk menjadi mahasiswa semula.
September - bergelar pelajar Ijazah, walaupun bukan di FUU tetapi ianya suatu rahmat kerana masih mampu menuntut ilmu. Kejayaanku hanya buat keluarga, agama dan negara.
Minat terhadap badminton berkembang semula apabila hampir setahun jugak meninggalkan sukan ni.
Oktober - Someone entered my heart. Sesuatu yang jarang aku rasa selama aku hidup.
November - 19 tahun, Thank You Allah!!
Disember - Penubuhan Kelab Badminton FSPPP Part 1 (Sept 2011) and also The End of Semester 1 as a degree student. Fuhh..
Done - let's go to 2011 Resolution. Let us see whether ada azam yang tak dapat dilaksanakan sepanjang tahun yang dah berlalu ni. Please refer to this link, for a better understanding.
1)Law Degree - Failed
2)Pengganti - Close enough but then, it end up with a total failure - Failed
3)Kawan - I got a lot of friend untuk tahun 2011 - Onyx's colleagues, BA1E and several friend at FSPPP.
4)Germany - Now, I prefer to learn Mandarin.
5)Blogging - diarimcbride still operating as usual.
Okayh guys, itu ialah antara sorotan kenangan tahun 2011 yang mesti aku kenang sepanjang hidup,
No comments:
Post a Comment