Monday, April 6, 2026

Kisah AKU n Syawal @ Tn Gani's Home

Assalamualaikum,

Ni merupakan a continuation from entry raya di Masjid ar-Rahmah.
Lepas solat Zohor di Surau an-Nur Mawarsari, aku dan family sempat datang beraya dirumah jiran kami, Tn Haizam. Ada majlis tahlil dan kesyukuran. FYI, tuan rumah baru sahaja dapat anak kembar yang sebelum ni ditahan di ICU bersama wife dia. So katanya kebetulan Syawal ni buat sekali terus.
Makan lagi. Haha. Tapi kat sini tak makan berat pun, pekena sate dan lemang je since lepas tu ada satu rumah lagi yang kami nak pergi.

Then, baru lah kita pergi ke main entry of the day. Lepas settle beraya kat rumah Haizam, kami sekeluarga ke rumah jiran sebelah dia pulak iaitu Tn Gani a.k.a bapak aku. Haha. Tapi ni bukan open house pun. Ada buat makan-makan sikit untuk adik beradik mak yang datang beraya.
Acu Nani yang sampai dulu dalam jam 2.30 petang. 
Bro Syazwan jadi bartender semalam, buat fruit cocktail. Adik pun tak kurang hebat jugak buat Ribena Mojito. 
Bro ni datang tangan kosong je. Haha
Family Acik Joe sampai dalam jam 4.30 petang. Memang terus jamu makan dulu before menyembang
Sementara diorang tengah makan, ni tengah sesi tasting Quesilla yang Along buat. Test dulu takut tak jadi. Haha
Sambung bersembang sampailah jam 6.30pm. Maklumlah dah setahun jugak tak jumpa, banyak benda yang nak dibualkan. Sepupu pulak semua dah besar panjang, ada lah bagi tips belajar + kerjaya.
Bergambar kenangan before pulang kerumah masing-masing. Ni baru family dua adik beradik mak, belum campur 4 family lagi.
Okay jom balik. Dah pukul 7, malam ni ada program lagi..:-)

That's the wrap for entry ni. One more entry to come. Stay tuned.

P/S: Kieran Trippier will be leaving us this season. Sedih beb. Sobs

No comments:

Post a Comment