Assalamualaikum,
Baiklah, ada tiga entri aku nak taip awal pagi ni. Dan semuanya berkenaan hari kelima belas Syawal untuk tahun ni. Untuk entri yang pertama ni aku nak share cerita berkenaan sambutan Hari Raya Aidiilfitri anjuran Masjid ar-Rahmah dan surau-surau dibawah kelolaannya.
Seawal jam 9.30 pagi lagi, aku dan family dah sampai. Park kat luar menghala ke bandar, senang sikit nak keluar nanti. Event yang dianjurkan masjid ni berlangsung kira-kira 2 jam, iaitu sampai dari jam 9.30 sampailah ke 11.30 pagi sahaja.
Sampai je, tengok memang berderet stall yang dibuka oleh surau-surau yang ada di Bandar Sungai Buaya + Felda. Secara totalnya ada 14 surau jugak.
Since datang awal, orang pun tak ramai sangat. So senang lah nak bergerak ambil makanan and most importantly, dapat menjamah makanan from each surau yang ada.
Since seat agak limited bawah khemah, so kebanyakkan tetamu yang hadir menjamu selera di koridor masjid, termasuklah kami sekeluarga.
Wife yang nak pergi sangat. Disamping nak enjoy the foods kat sini, katanya tak payah masak breakfast dan lunch. Haha
Budak-budak ni mula-mula senyap je, lepas dah jumpa member memang main je
Yang bro ni pun layankan je lah. Dah lama jugak tak join event masjid ni. Dapat jugak jumpa Dolah semalam dekat stall surau an-Nawawiyah, tapi terlupa nak bergambar.
Fariq dan member sekolah yang juga stay dekat Taman Mawarsari, Anas dan Muaz.
Selfie before balik rumah with belly full of nasi lemak, roti canai, lemang, nasi impit etc. Haha
Lepas tu ada satu lagi event, tapi kita cover in next entry lah ye. Till then, take care.
P/S: Boring pulak international break.









No comments:
Post a Comment