Assalamualaikum semua, maaf lambat update. Busy sangat minggu ni, raya haji yang baru je meninggalkan kita hari tu pun tak meriah pun sambutannya untuk family aku. Untuk pengetahuan semua, ayah aku masuk wad sebab suspek denggi hari Jumaat lepas, baru je keluar tadi pukul 9 malam.
Sempat lagi bergambar sebelum ke PUSRAWI.
Ni la anak zaman sekarang, masing-masing melekat dengan henset. Sedangkan dah cakap hari tu jangan keluarkan henset..apa nak jadi budak-budak ni, huu
Mak pun tak sihat, so aku berpeluanglah nak jaga ayah kat PUSRAWI ni. First time ni, huu. Ni lah masanya nak balas balik jasa ayah yang jaga aku bila aku masuk wad dulu.
Lagipun dapat training awal-awal, nanti senang lah nak menjaga bakal bini..haha
Dalam pukul 7, ayah mintak aku carikan jus belimbing + epal hijau, no sugar..erk, mana nak cari ni. Pusing jugak la aku kat area tu, ke kafe IJN seberang sana - last-last jumpa jugak kat Hotel Putra. Harganya RM 7 bai, memang tak makan malam la aku hari tu..
Malamlah the real testnya, cuba la jaga mana-mana patient pun. Pagi bersemangat, patient pun nampak sihat, malam pulak..huu. Pukul 2 pagi jugak tidur malam tu.
Esoknya - ayah kata nak keluar amik angin kat luar. Maybe rasa boring kot dalam tu, aku pun bawaklah jalan-jalan. Udara apanya kat KL ni? Seronok tengok perkembangan ayah, nampak kuat dan sihat cam dulu.
Betul cakap mak, yang jaga orang sakit lagi boring sebenarnya. Melangut je aku sambil merenung masa depan. Tapi bila diingatkan, ayah jugaklah yang jaga aku waktu aku sunat and keracunan makanan dulu.
Malamnya, ayah tidur nyenyak jugak . Dengkur gear lima tu, huu.
Siapa kata jaga orang sakit, tak sempat buat kerja. Assignment CTU and Public Relation dah hampir siap pun, cuma tinggal nak design je..
Hari Isnin tak banyak benda pun, terbangun lambat tadi. Tau-tau ayah takde dalam bilik, buat check up dengan Dr. Shah. Tengahari tu staff-staff ayah from PEX datang, lama jugak sembang tadi - ada lah sikit pasal prospek kerjaya aku nanti, hii. Petang kitorang keluar lagi, ayah kata dia tak suka makan makanan hospital, tawar..huu, memanglah ayah dah sakit semua benda tak sedap. Carinya jugak makanan mamak tadi, baru berselera.. Dalam pukul 9, kami meninggalkan PUSRAWI.
No comments:
Post a Comment