Monday, November 1, 2010

Kisah AKU n Test JPJ Ep.2


ehem..ehem..okay gengs, hari ini maybe the best day in my life..aku agak mesti korang dah tau kan..hari ini bersamaan dengan 1 november 2010 aku telah berjaya dalam ujian ulangan jpj dan telah lulus la gamaknya..well, maybe berkat bulan november ini kan..

erm, so hari ini aku kena la jugak story macam mana hari ini berjalan untuk aku kan..okeyh, seawal jam 0700 aku telah tiba kat kedai tuwh..hari ini aku tak breakfast kat kedai sebelah tu because 2 minggu lepas aku muntah-muntah...maybe nervous nye pasal kan..so, aku cuma minum teh suam yang agak panas..apa daa, orang minta suam, korang bagi panas..melecur bibir aku tadi..sementara tunggu kedai makcik buka,aku meluangkan masa bermain game panzer tactic 2 kat mobile phone aku..then, dalam pukul 0800 semua calon yang lain dan aku berangkat..alamak, sempat ke ni kak yati, saya sesi 1 and start pukul 0830..macam tak je..so, apa yang aku takut jadi jugak, kami lewat tiba di nationdrive dibantu dengan jalan yang agak sesak tadi..

so, setibanya aku disana, aku terus mencari toilet..seram sejuk pulak ni..then, lepas membuang urin aku pun pergi lah berjumpa dengan pegawai pendaftaran tuwh..berikut ialah dialognya..
mr.fred:maafkan saya tuan..saya calon ulangan, sesi 1 dan bernombor 19..
mr.jpj:apasal lewat..(muka bajet garang..tapi comel..)
mr.fred:saya datang dari rawang, jalan jam kot..bukan salah saya pun(muka memang kesian + takut tak boleh test hari ini..)
mr.jpj:kamu duduk dulu, nanti ada orang panggil..(bengkek..:-[..)

lepas tu aku pun duduk sekejap sebelah awek cun yang agak tidak sopan bajunya..celaka, yang pergi tengok watpe..kan dah dapat dosa..habislah aku,fail lagi la ni..mata lelaki bai, mana boleh control..tak gitu..:-p

then, 5 minutes kemudian, orang yang sama panggil aku and suruh aku ke tempat ujian..hari tu aku failed dalam litar, jalanraya dah lepas..sesampai je aku kat sana, baru nak duduk, then apek cina tu jerit .."no.17"..aku pun cari la, siapa pulak no 17, yang aku taw aku number 19..then, tergerak hati nak tengok pas ujian aku yang warna hijau tu..aik, ni number 17..alamak,aku la yang dia panggil tuwh..awal betul, baru nak berdoa and zikir sikit..hah, lantak la...lets do this, farid..masuk dalam kereta, aku check semuanya and yang paling penting handbrake and klac, takut-takut ketat and dalam..so, everything os ok..then, seperti biasa aku pun bergerak..sampai diatas aku berhenti dengan tenang..rilek kejap because si jpj tuwh tengah cakap dengan sorang candidate yang fail tadi..seconds later, dia suruh bergerak..igauan 2 minggu lepas mula masuk kedalam minda aku..tanpa memikirkan apa yang cikgu ajar tentang minyak..aku terus tekan minyak sampai 5, lepaskan klac sehingga 4 dan tekan minyak ke 5 semula..dengan secepat mungkin plus with shivering legs, aku menarik handbrake and fuhh, lepas jugak..turun je, alah macam biasa la..buat parking and 3 point turn tu tak la susah sangat..habis ujian, aku letak kereta ke tempat bukit semula and pergi kearah candidate lain dari sekolah memandu tempat aku belajar tu..erm, lama lagi nak kena tunggu ni, kemungkinan habis pukul 1400..kebanyakan diorang sesi 2 dan 3...so, aku gunakan masa tu unttuk lepak dengan diorang dan berkongsi pengalaman..pergh, semua hisap rokok tu, terbatuk-batuk aku dengan asap diorang tuwh..

finally, dalam pukul 1300(lebih cepat daripada aku sangka..) kitorang pun berangkat pulang..wahh, hari ini semua 7 calon daripada sekolah memandu dora lulus..aku tumpang gembira untuk diorang..congratz guys..sampai kat sungai choh, kami berhenti sekejap untuk urusan lesen p..then, lepas settle..akupun dihantar pulang ke sungai buaya..happy gila doe..aku rasa macam tak percaya la pulak yang aku dah lulus dan objectif completed, apa objektif aku,meyh aku kasitaw..aku berharap sangat dapat lesen p sebelum umur aku mencecah 18..dan akhirnya tercapai jugak..hurmm,lepas ini bolehlah pergi mana-mana..lari rumah ke..ha3x..err, farid, esok kau dapat exam result kan..gulp..
.....................the end......................

1 comment: