Wednesday, November 10, 2010

Kisah AKU n Hari Anugerah Kecemerlangan SMKBSB..


so, this is my ex school''s emblem..i think, no need to explain what is the real meaning of that jackass thing right..well, hari tu, aku ada dapat surat jemputan daripada sekolah ini, mengatakan bahawa aku akan menerima anugerah kecemerlangan kurikulum/akademik untuk tahun 2009, iaitu pelajar cemerlang spm 2009..apa daa..bukan la cemerlang sangat, tapi takpe la kalau orang nak kasi daripada tak dihargai langsung..

haah..ini picture awal tahun ni dalam bulan 3 kot waktu kempen pilihanraya hu;u selangor..waktu ni best la dapat sijil and the most important..money..hell yeah..erm, nak kempen punya pasal dan agenda untuk retake hulu selangor dari pakatan rakyat..so timbalan perdana menteri, tan sri muhyidin yasin pun datang la kat sg.buaya ni..pergh, waktu dia sampai, semua benda lengkap, jalan bertar, lampu bercahaya semula kat jalan bengkang bengkok..manifesto la katakan..nak dijadikan cerita, pelajar yang terima anugera diberikan duit dan sijil..lepas tu ada la pulak orang cakap itu sebagai rasuah..aku pun kena la jugak..as a result.barisan nasional berjaya merampas semula hulu selangor..yeay,tahniah-tahniah..

okeyh, berbalik kepada cerita asal..hari dijanjikan ialah 10 november, hari rabu, iaitu hari ini lah..so, aku diberi peluang oleh parents aku untuk driving ke sekolah..ha3x,best tol..ye la..orang baru dapat lesen la katakan..memandangkan ibu aku menghantar kakak aku ke semesco..i think that was the right choice and dalam pukul 0740 aku bertolak dari rumah ke smkbsb menggunakan kereta old-manual aba aku..gila korang, aku mana la tau bawak auto..lagipun ibu aku nak guna kereta tu pergi hantar kakak aku kan..

ketibaan aku dihadapan sekolah dari perspektif dalam kereta..thihihi..

baru nak keluar kereta..tiba-tiba skuad elit tempur tanpa senjata smkbsb tiba0tiba keluar berpusu-pusu daripada main entrance sekolah..terkejut aku..aku seperti biasa macam dulu lagi..memang pemalu orangnya lantas masuk kedalam kereta semula dan dengar lagu dalam mobile phone sambil main game favourite, panzer tactic..ha3x, tak habis2 lagi main..

bosan menunggu..tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran kereta waja yang parking kat sebelah aku..aik, macam kenal je beliau ni..eh, ni ibu aku..datang rupanya..ingatkan tak nak..actually, my mom dah hantar kakak aku and terus pergi sekolah..patutlah hari ini pakai baju kurung..

ni la satu-satunya picture yang ada, itupun daripada ibu aku...terlupa nak bawak kamera tadi..takpe2..tadi,cikgu samsuria kata nanti boleh bayar gambar yang dia snap..ini sudah bagus..so,dapat je habuan,aku nak blah,tapi terlupa pulak aku tak bawa kunci rumah..then, cari ibu aku dan terus blah..sampai kat main entrance, jumpa sir istiaq yang ajar aku subjek biologi dulu..kitorang pun bersembang kejap..yang kelakarnya, dia macam tak puas hati pulak dengan aku..macam ni dia cakap.."apa la ko,belajar bio,amik undang-undang.."..aku pun reply.."alah cikgu, bukannya saya minat pun science stream tuwh..saja je nak belajar and habiskan masa dua tahun kat sekolah tu dulu.."

hari ini aku rasa malas nak cerita apa reward yang aku dapat from sekolah..agak terkilan..ingatkan dapat medal ke, duit ke..rupa-rupanya..hanya 2 buah novel untuk aku baca..erk,aku bukan minat pun agi-lagi yang jenis motivasi macam ni..ha3x, tapi takpe la..asalkan dihargai..

kepada ayahanda..pegang janji untuk buat lagi meriah untuk junior-junior saya..saya dan semua hadirin tadi dengar taw apa yang ayahanda cakap tadi..
................the end................

No comments:

Post a Comment